web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Najib Terima Cabaran Rafizi, Syaratnya Ajak Anwar Sekali 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 12:11PM

Najib bersedia untuk menyahut cabaran debat Rafizi mengenai isu SAPURA namun dengan syarat perlu mengajak Anwar untuk turut serta.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk berdebat secara terbuka berkaitan isu syarikat SAPURA. 

Lantaran itu, Najib mencabar agar mantan Ahli Parlimen Pandan itu mengajak Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk sama-sama berdebat dengannya.

“Rafizi nak debat isu SAPURA? Boleh. Tapi panggil bos kamu Anwar Ibrahim debat dengan saya. 

“Kamu boleh sama-sama atas pentas untuk debat bersama atau bantu dia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

 

Rafizi nak debat isu Sapura? Boleh. Tapi panggil boss kamu Anwar Ibrahim debat dengan saya. Kamu boleh sama-sama...

Posted by Najib Razak on Saturday, April 2, 2022

Semalam, media tempatan melaporkan Rafizi bersedia berdebat secara terbuka dengan Pengerusi Penasihat Ahli Lembaga Barisan Nasional (BN) itu, namun beliau menyakini Najib tidak akan setuju. 

“Masuk mahkamah pun dia tak tahu semua, jadi sebaiknya kalau Najib betul-betul yakin beliau tidak bersalah dan yakin pimpinan terbaik untuk negara ini, jadi siapalah saya tanpa jawatan politik dan sepatutnya dia sudi berdebat sahaja,” kata Rafizi.

Rafizi berharap Najib sudi berdebat denganya bagi merungkai isu ketika dan selepas pentadbiran mantan Naib Presiden UMNO itu. 

Dalam pada itu, Najib menegaskan tindakan Rafizi seolah-olah mengulang perbuatan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 

“Ini seperti kes Azmin cabar debat dengan saya berhubung FELDA pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 

"Saya bersetuju dengan syarat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang debat dengan saya. Azmin boleh debat bersama atau bantu Muhyiddin,” kata Najib.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan terbabit berkata, jika Anwar tidak mahu menyahut cabaran berkenaan, Rafizi boleh berdebat dengan mantan pegawainya, Isham Jalil.

“Jika Anwar tak ingin debat dengan saya, Rafizi boleh debat dengan Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil. 

"Beliau adalah pemenang debat piala Perdana Menteri bagi tahun 1991, manakala Rafizi menang tahun 1992,” katanya. - Getaran, 3 April 2022
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang