web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PH, WARISAN Tertutup Hati Terima Muhyiddin Semula

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Apr 2022 3:21PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menafikan dakwaan parti itu akan mengadakan pertemuan bersama Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menjalinkan kerjasama untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

Guan Eng berkata, tiada peluang kedua bagi Ahli Parlimen Pagoh itu susulan tindakan tikam belakang dan mengkhianati gabungan kerjasama ketika Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU pada tahun 2018. 

“Parti komponen PH menolak sebarang kerjasama dengan Muhyiddin Yassin ekoran pengkhianatan dilakukan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu. 

“Apa dilakukan beliau dan partinya menyebabkan kerajaan PH hanya bertahan selama 22 bulan.

“Pasti tidak akan kerjasama, mana boleh percaya dengan dia lagi? Kita tidak yakin kerana dia janji ‘tidak serupa bikin’,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Muhyiddin menemuinya baru-baru ini, bagi meminta sokongan untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Bagaimanapun, Dr Mahathir memaklumkan, beliau tertanya-tanya sebab Ahli Parlimen Pagoh itu bertindak sedemikian.

Malah, katanya, Muhyiddin menyedari PEJUANG bukan parti kuat dan kalah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta tidak mempunyai sumber kewangan kukuh.

Ditanya apakah faktor tambahan beliau sukar bekerjasama dengan Muhyiddin, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ia disebabkan beberapa perkara.

Ujarnya, semasa bergelar Perdana Menteri, kepimpinan Muhyiddin tidak disenangi ramai pihak. 

Sementara itu, Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendedahkan, Muhyiddin menghubunginya baru-baru ini. 

“Ini bagi membentuk kerjasama baharu menjelang PRU15. Bagaimanapun, saya sudah memberikan kata putus menolak permintaan tersebut. 

“Penolakan ini selepas apa yang berlaku sebelum itu kepada barisan pembangkang disebabkan perbuatan Muhyiddin. Kita tak mahu perkara terbabit berlaku,” katanya. 

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

Dalam pada itu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu ketika dihubungi menegaskan, pihaknya sama sekali tidak pernah mengadakan pertemuan mahupun perbincangan dengan Muhyiddin. 

“Tak ada, saya tidak pernah jumpa. Dan dalam PH, kita belum bincang. 

“Saya sendiri tidak mahu buat keputusan sebab ia mesti melalui gabungan parti dan bukannya individu,” katanya. 

Sebelum ini, Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan Muhyiddin mengadakan pertemuan bersama Dr Mahathir.

Jelas Mukhriz, dalam pertemuan itu, Muhyiddin ada mengemukakan cadangan gabungan parti pada PRU-15 nanti. 

Tambahnya, perjumpaan tersebut berlangsung sekitar dua minggu lalu selepas PRN Johor. - Getaran, 3 April 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini