web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rafizi Tak Layak Berdebat Dengan Najib

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 4:38PM

Rafizi Ramli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli disifatkan tidak layak dan setaraf untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, tujuan Rafizi mewujudkan cabaran tersebut hanya kerana mahu menumpang populariti Najib yang masyhur dengan panggilan ‘Bossku’.

Beliau berkata, mantan Ahli Parlimen Pandan itu perlu menumpang sesiapa sahaja yang popular untuk menaikkan namanya selepas menghilang tiga tahun daripada politik PKR.

“Rafizi ini bukan level (taraf) Bossku untuk dia debat. Dia cuma nak tumpang glamor Bossku sahaja selepas dia menghilang tiga tahun.

“Sekarang dia perlu cari publisiti semula untuk lawan Datuk Seri Saifudin Nasution dalam pemilihan jawatan PKR.

“Saya ingat sebelum dia debat dengan Bossku adalah lebih baik dia debat dengan Saifuddin Nasution dulu,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Isham Jalil
Isham Jalil

Bagaimanapun, Isham komited untuk mengajak Rafizi berdebat dengannya.

“Dulu Rafizi pernah kalah semi final semasa saya menang pemidato terbaik debat Piala Perdana Menteri tahun 1991. Tahun 1992 baru dia menang.

“Sekarang mungkin dia nak ulang debat dengan saya. Saya ok dan tunggu saja,” katanya. 

Bagaimanapun, Isham berkata, Rafizi berkemungkinan akan menolak dakwaan untuk berdebat bersamanya. 

“Tapi saya rasa dia segan nak debat dengan saya. Sebab nanti kalau auta dia tidak dapat lawan fakta, mungkin dia akan hilang lagi, wallahualam. 

“Ataupun boleh bagi saya debat dengan (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Rafizi bersedia berdebat secara terbuka dengan Najib, namun beliau yakin Pengerusi Penasihat Ahli Lembaga BN itu tidak akan bersetuju. 

“Masuk mahkamah pun dia tak tahu semua, jadi sebaiknya kalau Najib betul-betul yakin beliau tidak bersalah dan yakin pimpinan terbaik untuk negara ini, jadi siapalah saya tanpa jawatan politik serta sepatutnya dia sudi berdebat sahaja,” kata Rafizi.

Rafizi berharap Najib sudi berdebat dengannya bagi merungkai isu ketika dan selepas pentadbiran mantan Naib Presiden UMNO itu. 

Najib akhirnya menyahut cabaran Rafizi untuk berdebat secara terbuka berkaitan isu syarikat SAPURA. 

Lantaran itu, Najib mencabar Rafizi agar mengajak Anwar  untuk sama-sama berdebat dengannya.- Getaran, 3 April 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 16 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad