web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Syarat Minta Anwar Berdebat Bukti Najib Pengecut

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 9:41PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pengecut selepas tidak mahu berdebat secara solo dan terbuka berkaitan isu syarikat SAPURA. 

Malah, Rafizi berkata, Ahli Parlimen Pekan itu seolah-olah membuat ugutan terhadapnya selepas menjadikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai syarat.

Rafizi yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR berkata, beliau akan menyampaikan syarat dikemukan Najib itu kepada Anwar.

“Najib sebenarnya takut nak berdebat. Jadi dia cari alasan dengan beri syarat minta heret Anwar Ibrahim sekali, sebab dia ingat Presiden PKR pun takut berdebat dengan dia.

“InsyaAllah saya sampaikan kepada Anwar dan kita sama-sama tengok alasan serta syarat baharu apa pula Najib nak bagi,” katanya hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Rafizi menyatakan kesediaannya berdebat secara terbuka dengan Pengerusi Penasihat Ahli Lembaga Barisan Nasional (BN) itu, namun beliau menyakini Najib tidak akan setuju. 

“Masuk mahkamah pun dia tak tahu semua, jadi sebaiknya kalau Najib betul-betul yakin beliau tidak bersalah dan yakin pimpinan terbaik untuk negara ini, siapalah saya tanpa jawatan politik serta sepatutnya dia sudi berdebat sahaja,” kata Rafizi.

Rafizi berharap Najib sudi berdebat dengannya bagi merungkai isu ketika dan selepas pentadbiran mantan Presiden UMNO itu. 

Najib hari ini menerusi media sosial menyahut cabaran Rafizi untuk berdebat secara terbuka berkaitan isu syarikat SAPURA. 

Lantaran itu, Najib mencabar agar mantan Ahli Parlimen Pandan itu mengajak Anwar  untuk sama-sama berdebat dengannya. - Getaran, 3 April 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang