web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penangguhan RUU Anti Lompat Parti: Adakah Wujud ‘Gunting Dalam Lipatan’?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 11:44AM

Ahmad Zahid berkata kelewatan ini seolah-olah tiada keseriusan dan ketegasan, malah kurang keazaman politik untuk digubal, bahas serta diluluskan. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan adakah wujud ‘gunting dalam lipatan’ di sebalik penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat yang sepatutnya berlangsung minggu depan.

Beliau berkata, seperti dilaporkan media, kerajaan tidak akan meneruskan rancangan membentang dan meluluskan pindaan perlembagaan berhubung RUU itu yang bertujuan menghalang Ahli Parlimen daripada melompat parti.

Katanya, sebelum ini Kabinet memutuskan untuk membentangkan RUU itu bagi meminda beberapa bahagian daripada Perlembagaan supaya perundangan ‘anti lompat’ dibolehkan pada masa depan.

“Perundangan ‘anti lompat’ akan mengambil masa panjang, berdepan risiko ditangguh untuk sekian kali. Kelewatan ini seolah-olah tiada keseriusan dan ketegasan, malah kurang keazaman politik untuk digubal, bahas serta diluluskan.

“Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan ini?,” soalnya tanpa menamakan sesiapa dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, penangguhan RUU tersebut tentunya mengecewakan rakyat Malaysia yang sudah lama menanti kewujudan undang-undang itu dan mengharapkan ia segera dilaksanakan kerana mandat rakyat memilih pemimpin ketika pilihan raya, hilang akibat tindakan melompat parti.

Tegas beliau, UMNO paling terkesan dan menjadi mangsa lompat parti apabila terdapat Ahli Parlimen parti itu bertindak demikian apabila Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Malah ada (Ahli Parlimen) meskipun masih dalam BN ketika itu, bernada (seperti) musuh politik UMNO dengan mengharap dapat bekerjasama dengan sekutu mereka yang melompat parti.

“Saya sudah menyatakan bahawa persefahaman kerajaan sedia ada antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan PH (Pakatan Harapan) perlu dinilai semula kerana dilihat kurang tegas dalam usaha mempercepatkan membentang dan meluluskan undang-undang ini,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, penangguhan berkenaan juga sudah pasti memberi tamparan hebat terhadap PH selepas membuat persefahaman dengan kerajaan yang sebenarnya kerana pihak terbabit bimbang tidak mampu dan tidak bersedia berdepan PRU jika Parlimen dibubarkan.

“Kini sudah tiba masanya UMNO dalam kerajaan lebih tegas menangani isu ini sebelum menambahkan lagi kemarahan yang mahu undang-undang lompat parti disegerakan,” katanya.

Semalam, Wan Junaidi mengesahkan bahawa Kabinet tidak bersetuju dengan cadangan membentangkan RUU Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat pada Isnin depan.

Beliau berkata, sebaliknya RUU itu akan dihantar semula untuk kajian lanjut ke atas definisi ‘lompat parti’.

Bagaimanapun, menurut Wan Junaidi, sidang khas Dewan Rakyat tetap diteruskan pada Isnin ini dengan pembentangan pindaan Perlembagaan bagi memudahkan RUU Anti Lompat Parti itu dibentangkan kelak. - Getaran, 7 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang