web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya ‘Tak Syok’ RUU Anti Lompat Parti Ditangguh - Wan Junaidi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 5:48PM

Wan Junaidi berkata sebagai ahli Kabinet beliau harus akur dengan apa yang Kabinet mahu. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meluahkan rasa kecewa apabila pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti terpaksa ditangguhkan.

Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa Kabinet adalah kuasa tertinggi negara untuk membuat keputusan.

“Saya adalah ahli Kabinet, kena akur dengan apa Kabinet mahu. Perasaan peribadi saya tak penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik di sini, hari ini.

Wan Junaidi bagaimanapun mengakui kecewa kerana usaha selama lapan bulan dilakukannya terbantut seketika.

“Memang frust (kecewa) lah, selepas lapan bulan kerja tapi terbantut, memang terasalah. Semua sudah terima hakikat Wan Junaidi sudah tak berapa syok dah,” katanya.

Dalam masa sama, Wan Junaidi menolak dakwaan ada sebahagian anggota Kabinet yang menolak akta tersebut daripada dibentangkan di Parlimen kelak.

“Bukan tak setuju dengan undang-undang (tersebut) cuma tidak setuju dengan beberapa ciri-ciri akta tersebut. (Jadi) kena ubahkan,” katanya.

Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata RUU tersebut masih tetap akan dibentangkan di Parlimen dengan mengadakan satu lagi sidang khas Dewan Rakyat yang bakal diumumkan Perdana Menteri, kelak.

Terdahulu, Getaran melaporkan Wan Junaidi dalam kenyataannya semalam, mengesahkan bahawa Kabinet tidak bersetuju dengan cadangan membentangkan RUU Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat pada Isnin depan.

Beliau berkata, sebaliknya RUU itu akan dihantar semula untuk kajian lanjut ke atas definisi ‘lompat parti’. - Getaran, 7 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' Tidak Pernah Diguna Dalam Peruntukan Angkat Sumpah

2

Politik 1 tahun yang lalu

Keluar Parti: ‘4 Ahli Parlimen GRS Tak Perlu Kosongkan Kerusi Mereka’ – Wan Junaidi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Wujudkan Semula KUU Demi Kesinambungan Dasar Perundangan Negara – Wan Junaidi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Sarawak Catat Peningkatan, SPR Atur Persiapan Rapi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang