web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nurul Izzah Tidak Bertanding, Tumpu Usaha Tarik Pengundi Atas Pagar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 12:12PM

Nurul Izzah Anwar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengesahkan tidak akan bertanding merebut enam jawatan tertinggi PKR pada pemilihan parti itu Mei depan.

Mantan naib presiden PKR itu berkata,  beliau sebaliknya akan menumpukan kepada usaha menarik pengundi yang masih di atas pagar menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Seiring dengan komitmen penuh saya kepada usaha melindungi masa depan parti serta perjuangan yang kita kasihi, saya akan menumpukan sepenuh usaha dan perhatian kepada kempen memenangi hati pengundi atas pagar menerusi wadah Ayuh Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut beliau, usaha tersebut akan digerakkan melalui kempen Ayuh Malaysia  yang diasaskan bersama Rafizi Ramli.

Jelasnya lagi, wadah politik semata-mata tidak akan mampu meraih dukungan rakyat yang tercalar teruk selepas sekumpulan besar Ahli Parlimen PKR mengkhianati parti berkenaan dengan menyertai pihak lain, hanya kerana mengejar habuan, pangkat serta laba.

“Kebertanggungjawaban memandu agenda seterusnya bagi memperkukuh parti ini harus dirangkul secara bersama, dengan capaian kekuatan serta jajaran yang bersifat pelbagai dimensi, merangkumi pelbagai sayap,” ujarnya.

Nurul Izzah berkata, walaupun tidak bertanding, beliau tetap menyokong semua rakan lain atas semangat setia kawan.

“Saya tidak terlihat di dalam pesta demokrasi parti, tetapi tetap mendokong rakan-rakan yang bertanding dengan penuh semangat setia kawan. Moga-moga PKR mampu membidani satu lapisan kepimpinan yang gah dan komited," katanya.

Pengumuman Nurul Izzah itu dibuat selepas PKR menutup pencalonan presiden, timbalan presiden, dan empat jawatan naib presiden dalam pemilihan parti tahun ini.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Presiden PKR pada pemilihan kali ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang turut memaklumkan bahawa Anwar memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding. - Getaran, 12 April 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 10 bulan yang lalu

Kekal Kemenangan Pada PRU Akan Datang, Agenda Dapat Terus Dilaksana - Nurul Izzah

2

Politik 1 tahun yang lalu

Peja Sahkan Tak Tanding PRN, ‘Tugas Saya Perkuat Jentera Parti’

3

Politik 1 tahun yang lalu

Tanding PRN Pulau Pinang? Ini Respons Nurul Izzah

4

Politik 1 tahun yang lalu

Azmin Beri Bayangan Tidak Bertanding PRN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang