web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemilihan PKR, Calon Perlu Perjelas Pendirian Hala Tuju Parti - Rafizi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 8:29PM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mencabar pesaingnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta semua calon jawatan tertinggi untuk menjelaskan pendirian terhadap hala tuju parti, strategi dan gerak kerja sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut beliau, setiap calon yang bertanding pada pemilihan PKR perlu menjelaskan hala tuju parti untuk tempoh setahun ke tiga tahun akan datang, terutamanya membabitkan strategi pilihan raya.

Katanya, sumbangan serta bentuk gerak kerja setiap calon perlu dijelaskan bagi melonjakkan peluang PKR untuk memenangi PRU-15.

“Pemilihan kali ini sewajarnya tidak dicemarkan dengan emosi, serangan peribadi atau kempen yang bersandarkan “wahyu”. Saya sedar ada calon menyebarkan kononnya mereka menjadi pilihan Presiden dan memberi gambaran jika tidak mengundi mereka, itu tidak setia kepada ‘institusi presiden’.

“Kempen sebegini wajar dihentikan serta-merta. Hak untuk memilih pemimpin adalah milik individu setiap anggota. Pencapaian seorang calon seharusnya didasarkan semata-mata kepada rekod pendiriannya, sebaliknya perlu sehaluan dengan perjuangan parti, serta kemampuan calon itu menggerakkan kempen dan gerak kerja untuk melonjakkan kedudukan parti di mata rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pada masa sama, Rafizi menggesa agar kempen yang berbentuk majlis mewah seperti program berbuka puasa dikurangkan bagi memberi peluang kepada setiap ahli PKR memberi tumpuan kepada  ibadah sepanjang bulan Ramadan.

Mantan Ahli Parlimen Pandan itu turut memohon maaf sekiranya beliau mengadakan kempen pada waktu pagi dan petang tanpa mengadakan majlis atau jamuan berbuka puasa untuk ahli.

“Sebarang majlis yang berbentuk kempen dan berunsur mewah sewajarnya dikurangkan seperti majlis berbuka puasa, menjamu tetamu yang hadir dan sebagainya.

“Pandangan saya ini mungkin kurang popular tetapi ia merupakan sesuatu wajar untuk kita perhalusi sebagai parti yang mendukung reformasi budaya politik,” katanya.

Menjelaskan hala tuju parti Rafizi berkata, PKR seharusnya kembali kepada strategi asal ketika parti itu menang pada PRU-14 iaitu mengembalikan keyakinan rakyat agar Pakatan Harapan (PH) kembali dihormati.

“Saya yakin bahawa kuasa dan pengaruh kita datangnya dari rakyat, maka wajib akur dengan kehendak mereka sepanjang masa. PKR juga perlu kembali kepada gerak kerja sebelum ini yang berbentuk serampang dua mata.

“Kita perlu agresif dalam melawan rasuah dan kelemahan pentadbiran kerajaan di samping mampu kreatif dalam mengupas masalah masyarakat serta membentangkan penyelesaian alternatif untuk meyakinkan rakyat bahawa kita boleh mentadbir dengan lebih cekap, jujur dan berkesan,” katanya.

Pencalonan bagi pemilihan PKR 2022 bermula pada 8 April dan berakhir kelmarin, melibatkan jawatan di peringkat cabang di seluruh negara, manakala bagi jawatan utama tertinggi parti pula berlangsung semalam.

Buat julung kalinya, pemilihan PKR diadakan secara hibrid, iaitu secara fizikal dan dalam talian melalui aplikasi ADIL yang diperkenal pada 28 Februari lalu.

Proses pengundian bagi pemilih dalam talian ialah dari 18 hingga 20 Mei, manakala secara fizikal pada 13 hingga 17 Mei. – Getaran, 13 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

4

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'