web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tarikh Debat Najib-Anwar Diumum Hujung Minggu Ini

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 8:42PM

Najib Razak dan Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tarikh sesi perdebatan antara mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu ‘bail out' Sapura Energy Berhad (SAPURA) akan diumumkan dalam satu sidang media hujung minggu ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, sidang media tersebut akan turut mengumumkan lokasi dan pihak media yang bakal menyiarkan debat berkenaan.

“Semalam, 13 April 2022, dalam pertemuan jam 4 petang (Isham Jalil hadir bertiga, saya juga bertiga), saya ulang pendirian Datuk Seri Anwar supaya debat diadakan secepat mungkin dalam Ramadan dan Isham tetap dengan pandangan masa sesuai ialah selepas raya.

“Bukan ‘fait accompli’. Kita ikutlah proses. Isham Jalil ada dua saksi, saya pun ada dua saksi. Tapi saya tak tahu lah kalau admin Facebook berbayar Datuk Seri Najib antara dua saksi semalam. Jadi kita tunggu pengumuman rasmi bersama hujung minggu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan secara bersama dengan Isham Jalil yang juga wakil Najib dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor.

Menurut Fahmi, beberapa tarikh khusus dibincang, namun tiada keputusan dibuat sementara waktu ini.

“Kami juga bersetuju pemakluman debat akan dibuat secara bersama dalam satu sidang media hujung minggu ini. Jadi, sebarang tarikh yang dibayangkan Isham atau Datuk Seri Najib itu belum dipersetujui atau disahkan,” ujarnya.

Tambah Fahmi, Isham tetap dengan pendiriannya untuk mengadakan debat selepas Ramadan hasil dua siri pertemuan yang diadakan.

Katanya, mantan pegawai khas Najib itu juga mencadangkan agar acara tersebut dilaksanakan dengan menggunakan format wacana dan bukannya debat.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin tersebut menyatakan persetujuan untuk berdebat mengenai keperluan menyelamatkan SAPURA yang ketika ini menghadapi masalah kewangan.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menjadi antara pemimpin terawal yang mencadangkan kerajaan menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu. - Getaran, 14 April 2022
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'