web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemilihan PKR Bukan Medan Untuk Jatuhkan Parti - Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 11:21AM

Anwar Ibrahim - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon bagi Pemilihan PKR 2022 digesa tidak menjadikan pertandingan itu sebagai medan untuk menghakis keyakinan ahli akar umbi dan rakyat. 

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seharusnya semua calon bersikap matang kerana pemilihan parti adalah medan pertarungan antara sahabat dan bukannya dianggap musuh. 

“Ini medan pertarungan dalam kalangan sahabat. Semuanya handal, hebat dan pintar belaka. Maka, manfaatkan kesempatan ini apatah lagi di bulan Ramadan.

“Kita adalah parti perjuangan, parti yang harus memberikan harapan. Janganlah kita jadikan pertandingan ini medan untuk menghakis keyakinan,” katanya menerusi hantaran video di Facebook hari ini. 

Lantaran itu, bersempena Ramadan, Anwar berharap Pemilihan PKR 2022 dilihat sebagai sebuah pertandingan sihat dan keperluan untuk menghentikan cemuhan serta maki hamun antara satu sama lain. 

Pada masa sama, jelasnya. sikap atau langkah peribadi seperti pernah berlaku pada Pemilihan PKR 2018, harus ditinggalkan agar tidak menyebabkan berlaku kerosakan terhadap parti. 

“Kita sudah pun laluinya dan apa yang berlaku dahulu (pemilihan 2018) sedikit sebanyak menghakis kekuatan parti, tetapi saya ingin rakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. 

“Ini kerana walaupun dihempap begitu kuat di Selangor, beliau dapat menghimpunkan dan membina kekuatan semula buat PKR di negeri berkenaan dan saya tahu bukan mudah untuk lakukan perkara tersebut,” katanya. 

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kerusi Presiden PKR pada pemilihan parti itu. 

Jurucakap daripada pejabat Presiden PKR pada Selasa lalu memaklumkan, Anwar akan mempertahankan jawatan itu bagi penggal 2022/2025.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menghantar permohonan pencalonan pada jam 12.14 tengah hari, 11 April lalu menerusi aplikasi ADIL.

Beliau secara rasminya memegang jawatan Presiden PKR selepas menang tanpa bertanding ketika pemilihan parti itu pada 2018.

Sebelum itu, mantan Timbalan Perdana Menteri terbabit memegang jawatan Ketua Umum PKR.

Anwar menggantikan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang memegang jawatan Presiden PKR sejak parti itu ditubuhkan pada 1999. - Getaran, 16 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'