web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerusi GERAKAN Bagi PRU-15 Diumum Selepas Mei

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 6:33PM

Dominic berucap pada Mesyuarat Ahli Jawatankuasa GERAKAN di ibu pejabat parti itu di Menara PGRM, Kuala Lumpur hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perhubungan Parti Gerakan Malaysia (GERAKAN) di setiap negeri digesa menghantar senarai calon dan kawasan kerusi yang sesuai untuk ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, perkara terbabit harus dilaksanakan segera setiap negeri dan dihantar ke Pusat sebelum 1 Mei depan.

Menurut beliau, kajian teliti harus diadakan agar pembahagian kerusi di antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) dapat diselesaikan sebaiknya.

“Kita dah ada senarai calon Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ingin bertanding, namun suasana politik sudah berubah dengan cepat.

“Oleh itu, kita minta Pengerusi GERAKAN di setiap negeri kaji kawasan yang mereka berhasrat untuk bertanding.

“Penelitian dan hasil kajian itu perlu hantar ke Pusat sebelum akhir bulan ini. Beri cadangan sebaiknya siapakah calon sesuai atau kawasan terbaik untuk parti kita,” katanya

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa GERAKAN di ibu pejabat parti itu di Menara PGRM, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dominic berkata, perkara berkenaan perlu dilaksanakan segera sebagai persediaan GERAKAN menghadapi PRU-15 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Lantaran itu, beliau mengharapkan agar pimpinan tertinggi parti dan ahli akar umbi sedia bekerja dengan lebih keras bagi menarik hati rakyat untuk mendekati politik, khususnya kepada GERAKAN dan PN.

“Selepas kita dah dapat senarai, kita akan hantar ke peringkat PN untuk kita lakukan rundingan dan tunjukkan kawasan mana GERAKAN berhasrat untuk bertanding,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, parti terbabit akan melakukan persediaan kerana kelemahan dialaminya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan PRN Johor adalah disebabkan tiada persiapan kukuh daripada gabungan PN.

“Jadi, persiapan itu harus dibuat lebih awal untuk kita dapatkan maklumat khusus mendekati pengundi atau rakyat bagi persediaan menghadapi PRU-15 dan kita dapatkan sokongan undi dari rakyat,” katanya.

Terdahulu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan meneruskan perbincangan dengan pihak bersependapat bagi mengelakkan pertembungan kerusi pada PRU-15.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha itu akan diteruskan selepas Aidilfitri.

Sebelum ini, Muhyiddin dilapor mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengemukakan cadangan gabungan parti.

Selepas PRN Johor bulan lalu, Muhyiddin berkata, beliau didatangi beberapa pemimpin parti politik yang menyuarakan pandangan supaya parti selain Barisan Nasional (BN), merintis satu bentuk kerjasama politik bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru pada pilihan raya berkenaan. - Getaran, 16 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Tun M Sekali Lagi Guris Hati Bukan Melayu - Pemuda GERAKAN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang