web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ramai Salah Faham MoU Kerajaan-PH Tamat Julai

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2022 3:42PM

MoU yang dimeterai kerajaan dengan PH merangkumi 6 perkara, termasuk Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen itu telah ditandatangani pada 13 September tahun lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu berhubung pembubaran Parlimen dan tarikh luput Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik ditandatangani kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH), adalah dua perkara berbeza.

Perkara itu didedahkan Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil yang menegaskan, banyak pihak tersalah anggap berhubung kedua-dua isu terbabit yang menyebabkan wujud kekeliruan, sehingga ada menyangka kononnya MoU itu berakhir pada 31 Julai depan. 

“MoU ini ada dua perkara berbeza, iaitu tamat tempoh pelaksanaan MoU dan berhubung pembubaran Parlimen. Ia dua perkara berbeza yang kadang kala disalah erti atau tersilap baca. 

“MoU antara kerajaan dan PH berkuat kuasa sehingga Parlimen dibubarkan, jadi selagi mana Parlimen tak terbubar, selagi itu MoU ini terpakai. Dalam MoU ini dengan amat jelas bahawa kerajaan bersetuju tidak bubar Parlimen sebelum 31 Julai 2022,” katanya.

Fahmi Fadzil - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Fahmi Fadzil - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ‘Debat Perdana Anwar-Najib’ bersama Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil di sini, hari ini.

Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Khamis lalu, memutuskan MoU yang dimeterai antara kerajaan dan PH itu tidak diteruskan.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Dalam pada itu, Fahmi berkata, walaupun pimpinan tertinggi UMNO bertindak sedemikian, segala keputusan membubarkan Parlimen adalah tertakluk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan dibincangkan bersama Kabinet sebelum dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong. 

Menurut beliau, MoU tersebut jelas masih terpakai dan tidak terbatal seperti perjanjian ditandatangani Perdana Menteri bersama pimpinan tertinggi PH. 

“Maksudnya, jika Parlimen bubar pada 1 Ogos, maka MoU itu tamat pada waktu tersebut dan bukan pada 31 Julai. MoU tiada tamat tempoh. 

“Tempoh Parlimen sebenar adalah sehingga 15 Julai 2023 kerana kami angkat sumpah pada 16 Julai 2018. Apa-apa berkaitan pembubaran lebih awal dan luar daripada keadaan itu, ia bergantung kepada keputusan kedua-dua pihak,” katanya. 

Isham Jalil - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Isham Jalil - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Sementara itu, Isham dilihat cuba menegakkan benang yang basah apabila menjelaskan UMNO sama sekali tidak pernah bersetuju untuk menandatangani MoU bersama pembangkang. 

Lantaran itu, jelasnya, pimpinan tertinggi UMNO tidak terikat dengan mana-mana perjanjian dilaksanakan kerajaan dan disebabkan itu, partinya menggesa Ismail Sabri membubarkan Parlimen. 

“Walaupun Anthony Loke Siew Fook kata UMNO jangan masuk campur, saya rasa dia yang tak faham bahawa keputusan MoU itu antara kerajaan dan PH. Kita tak terikat kalau kita saran Perdana Menteri untuk bubar Parlimen. 

“Saya kenal Ismail Sabri ini dia ‘party man’ walaupun dia akan adakan perbincangan dengan parti dalam kerajaan. Ini adalah UMNO punya keputusan,” katanya.

Pada 13 September tahun lalu, kerajaan memeterai MoU terbabit yang ditandatangani Ismail Sabri bersama ketua parti Pakatan Harapan (PH), termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP ketika itu Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

MoU itu antaranya merangkumi pemerkasaan pelan COVID-19, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu. - Getaran, 17 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi