web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO ‘Kecut Perut’ Dakwa Pemilihan PKR Wayang Anwar?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2022 9:26PM

Adam Adli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Exco Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin menyifatkan pemilihan PKR 2022 hanya sekadar sketsa politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan pergerakan itu mula gentar dengan kekuatan dimiliki parti berkenaan.

Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli berkata, proses pemilihan PKR itu menjadi bukti partinya sentiasa menambah baik barisan kepemimpinan.

Menurut beliau, pihaknya yakin bahawa anggota PKR sudah teruja untuk memilih barisan kepimpinan tertinggi baharu demi memperkukuhkan parti sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRU-15).

“Saya tertarik untuk memberi sedikit respon kepada Exco Pemuda UMNO, Shahrul Nasrun yang memperkecilkan proses pemilihan PKR. Kita parti demokratik, dianggotai oleh orang yang tidak gentar untuk terlibat dalam proses demokrasi.

“Walaupun kita sedang dalam situasi yang dilihat runcing, misalnya menjelang PRU yang dijangka tidak lama lagi.

“Kita ada keyakinan yang kuat bahawa anggota PKR cukup bersedia untuk mengisi dan memperkukuhkan kepimpinan parti menerusi pemilihan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Aktiviti sosial itu berkata, pemilihan PKR juga sesuai dengan tanggungjawab perlembagaan parti tanpa perlu berselindung di sebalik alasan teknikal, sehingga menangguhkan pemilihan seperti dilakukan UMNO.

Terdahulu, Shahrul Nasrun menerusi kenyataan hari ini, mendakwa kononnya pemilihan dan perebutan jawatan dalam PKR hanya sekadar untuk menafikan ia sebuah parti berasaskan kroni serta keluarga Presidennya.

“Di atas kertas sememangnya pemilihan PKR pada kali ini mendapat sambutan apabila ramai pemimpin mencalonkan diri untuk bertanding merebut jawatan dalam parti.

“Namun realitinya, ini adalah sketsa politik Anwar Ibrahim untuk menunjukkan PKR ini mempunyai nilai, ‘crowd’ dan paling penting hendak tunjukkan PKR memperjuangkan demokrasi bukannya parti kroni serta keluarga Anwar Ibrahim,” katanya.

Pada masa sama, Shahrul Nasrun berkata, pemilihan PKR kali ini yang menyaksikan beberapa artis mencalonkan diri untuk bertanding turut dilihat sekadar hiburan.

Beliau berkata, pembabitan artis, pelakon dan pengarah dalam PKR akan menyaksikan lebih banyak skrip dan drama baharu akan disajikan dalam senario politik negara.

Dalam pada itu, menurut Adam, PKR sama sekali tidak terpengaruh dengan cakap-cakap kosong seperti mana dilontarkan Shahrul Nasrun.

Tambah beliau, ini kerana dakwaan tersebut tidak lain hanya mahu mencerminkan sudut pandang politik cetek dan cenderung kepada perbuatan anti demokrasi.  

“Kenyataan Exco Pemuda UMNO tersebut hanya mendedahkan kegusaran mereka apabila melihat tahap keyakinan parti kita berhadapan PRU-15. Ini patut kita rai sebagai kemenangan moral awal buat kita di PKR.

“Kita sudah jangka (akan ada dakwaan negatif) daripada UMNO. Malah, saya pula tertanya-tanya jika benar serangan lapuk yang sedang kali dilakukan ini, datang dari seorang EXCO Pemuda atau hanya kiriman nakal daripada laskar siber,” sinis Adam.

Pencalonan bagi pemilihan PKR 2022 yang bermula pada 8 April hingga 10 April lalu, membabitkan jawatan di peringkat cabang di seluruh negara.

Manakala, bagi jawatan utama tertinggi parti, ia berlangsung pada 11 April lalu. 

Buat julung kalinya, pemilihan PKR diadakan secara hibrid, iaitu menerusi fizikal dan dalam talian melalui aplikasi ADIL yang diperkenal pada 28 Februari lalu.

Proses pengundian bagi pemilih dalam talian adalah dari 18 hingga 20 Mei, manakala secara fizikal pada 13 hingga 17 Mei. - Getaran, 17 April 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Sukan 4 bulan yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang