web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TH Perit, MB Kelantan Jangan Nak Buat Fitnah - Mujahid

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 4:51PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa menyangkal dakwaan kononnya Lembaga Tabung Haji (TH) berdepan keperitan serta kesukaran ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan Persekutuan. 

Mujahid berkata, penstrukturan semula TH yang dilaksanakan PH membuktikan kerajaan Persekutuan ketika itu berjaya mengimbangkan defisit antara aset dan liabiliti.

Beliau menegaskan, PH juga berjaya patuh terhadap akta TH mengenai Seksyen 22 dalam pengagihan hibah yang telah digubal sejak 2014, namun sering salah digunakan oleh Barisan Nasional (BN) ketika mentadbir Putrajaya.

"PH juga berjaya mengikut keperluan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) dan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS).

"Perkara itu merupakan syarat perakaunan bersih namun kedua-dua piawaian terbabit tidak dipatuhi dalam akaun 2017 zaman BN.

Mujahid Yusof Rawa - Gambar fail
Mujahid Yusof Rawa - Gambar fail

Jelasnya, penstrukturan semula TH melalui Urusharta Jamaah Sdn. Bhd (UJSB) turut mendapat anugerah di persada antarabangsa.

Mujahid yang juga Naib Presiden AMANAH berkata, jumlah pencarum yang semakin bertambah serta menerima aset lebih tinggi dari tanggungan membuktikan TH 'sihat' dari sudut kewangan.

"Kelestarian TH dipacu oleh penstrukturan semula "strategic asset re-location" dan perbelanjaan berkesan pentadbiran untuk kekal unggul dan kukuh menghadap tahun mendatang yang mencabar.

"Pendeposit mempercayai usaha yang dilakukan zaman PH kerana tidak berlaku 'bank run' atau panik walaupun terpaksa memberikan hibah rendah tahun pertama pemulihan untuk 2018," katanya. 

Semalam, media melaporkan, Ahmad Yaakob dalam satu Majlis Ihya Ramadan Pimpinan Kerajaan Negeri Bersama Anak Kelantan di Perantauan (Zon Lembah Klang) memberikan TH sebagai contoh keperitan yang dihadapi semasa 22 bulan PH.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar turut menggesa Ahmad agar rajin membaca laporan audit dari tahun 2018 sehingga 2020 sebagai bukti bahawa TH berada dalam keadaan bersih, patuh dan menggambarkan kedudukan sebenar tanpa dimanipulasi mana-mana pihak. 

"TH zaman PH perit tetapi fakta menunjukkan ketika kita menjadi karajaan dan badan berkanun itu bawah saya, TH berjaya dipulihkan.

"Segala yang dinikmati hari ini hasil kejayaan penstrukturan semula zaman PH. Soalan saya kepada Menteri Besar (Kelantan) Melayu-Isle nak dengar fakta atau nak ulang fitnah terhadap TH," katanya. - Getaran, 19 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 18 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad