web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Abdul Hadi Jangan Berdiam, Buktikan 'PAS Leak' Dokumen Palsu 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 8:25PM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dituntut membuat penjelasan serta penafian secara terbuka, berhubung pendedahan dokumen sulit dikenali sebagai ‘PAS Leak’ yang didakwa mengandungi rancangan bagi menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). 

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohd Hasbie Muda berkata, perkara berkenaan perlu dipandang serius dan segera diselesaikan Ahli Parlimen Marang itu. 

Menurut beliau, tuntutan itu ekoran penafian Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kurang menyakinkan pelbagai pihak, khususnya rakyat. 

“Penafian Naib Presiden PAS yang sekadar melabelkan dokumen tersebut sebagai ‘sampah’ adalah kurang meyakinkan.

“Bagaimanapun, pertemuan dengan tokoh yang disebutkan (dalam dokumen PAS Leak) adalah benar,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Mohd Hasbie berkata, dokumen tular itu sangat mengejutkan dan membuktikan terdapat beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) serta BN, didakwa cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik masing-masing, termasuk mencampuri urusan mahkamah.

“Lantaran itu, penafian tegas oleh pimpinan utama PAS iaitu Presidennya amatlah dituntut. 

“Ini perlu dilakukan segera memandangkan intipati kandungan dokumen tersebut sangat berkait rapat dengan masa depan serta kebebasan institusi kehakiman negara,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu menegaskan, partinya enggan melayan tohmahan berhubung kebocoran minit mesyuarat PN yang dikatakan merancang menjatuhkan UMNO dan BN. 

Beliau turut menafikan sekerasnya pembabitan parti itu dalam pakatan berkenaan.

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri mengakui beliau mengadakan pertemuan bersama beberapa individu yang nama mereka tertera dalam dokumen ditularkan itu, namun ia bukan bertujuan menjatuhkan pemimpin UMNO dan BN.

Sejak beberapa hari lalu, keratan minit mesyuarat dan agenda untuk menjatuhkan pemimpin UMNO, termasuk mempercepatkan hukuman terhadap Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak tular di media sosial.

Antara kandungan minit mesyuarat itu adalah rancangan mengenai tindakan untuk menjatuhkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan mengaitkannya dengan kluster mahkamah. - Getaran, 22 April 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 18 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi