web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Sampai Setahun, Saiful Bukhari Tinggalkan BERSATU

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 8:24PM

Saiful Bukhari Azlan - Gambar dari Facebook Saiful Bukhari Azlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - BERSATU sekali lagi menerima tamparan hebat apabila mantan Pembantu Peribadi Presiden PKR, Saiful Bukhari Azlan mengumumkan pengunduran dari parti itu berkuatkuasa hari ini. 

Tindakan tersebut bermakna Ahli Jawatankuasa (AJK) Komunikasi Strategik Penerangan BERSATU itu hanya mampu bertahan kira-kira setahun bersama parti terbabit.

Saiful Bukhari berkata, pengunduran tersebut telah pun dimaklumkan kepada Setiausaha BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melalui sepucuk surat hari ini. 

"Bahawa saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bernombor keahlian 00468423 ingin memaklumkan telah menyampaikan hasrat saya untuk berundur sebagai ahli biasa seumur hidup BERSATU melalui sepucuk surat kepada Setiausaha Agung Parti. 

"Pengunduran saya sebagai ahli parti berkuatkuasa hari ini dan dilaksana menurut Fasal 10.1 Perlembagaan Parti," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

 

KENYATAAN MEDIA PEMAKLUMAN BERUNDUR SEBAGAI AHLI SEUMUR HIDUP PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA...

Posted by Saiful Bukhari Azlan on Sunday, April 24, 2022

Bagaimanapun, Saiful Bukhari yang juga Ahli BERSATU Bahagian Bentong tidak mengulas lanjut punca beliau mengambil keputusan sedemikian.

"BERSATU adalah parti pertama yang saya sertai. Hasrat untuk saya berundur daripada parti dibuat atas sebab peribadi," katanya. 

Beliau berkata, fokusnya kini hanya kepada keluarga dan kerjaya. 

“Berehat seketika sebelum terus melangkah. Terima kasih BERSATU. Fokus kini pada #SSPAnalytics, kerja dan keluarga Bismmillah,” katanya. 

Dalam pada itu, Saiful Bukhari turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabatnya di BERSATU. 

Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada BERSATU atas segala pengalaman dan didikan diterimanya dalam arena politik.

"Di sini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada sahabat-sahabat di BERSATU. 

"Walaupun tidak menjadi ahli tidak semestinya perlu putus persahabatan. Pada hemat saya, silaturahim harus mengatasi ideologi politik," katanya. 

Untuk rekod, Saiful Bukhari yang menyertai BERSATU pada 7 Januari tahun lalu pernah memegang jawatan Ketua Unit Penyelidikan Pemuda PN pada Mei hingga Oktober 2021. - Getaran, 25 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 18 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad