web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hentikan Serangan Peribadi Yang Mampu Lemahkan PKR - MPP

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 9:43PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memberi amaran kepada calon bertanding pada Pemilihan PKR 2022 dan penyokong agar mengenepikan serangan peribadi yang mampu melemahkan kekuatan parti.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, calon-calon seharusnya mengenengahkan idea bernas yang mampu memacu parti memikat semula hati rakyat.

“Kempen Pemilihan 2022 ini harus dilaksanakan dalam semangat keluarga besar PKR dengan mengetepikan serangan peribadi di samping mengenengahkan semua pandangan yang mampu membina semula dan memacu parti jauh ke hadapan. 

“Selesai pemilihan, seluruh kekuatan pimpinan serta anggota akan digarap, dikumpul dan disusun atur bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya menerusi hari ini.

Fahmi menegaskan, perkara ini harus dipandang serius oleh calon dan penyokong agar kelemahan ini tidak menjadi senjata utama buat musuh untuk menjatuhkan PKR.

“Berhubung perjalanan Pemilihan 2022, MPP memberi peringatan tegas kepada semua calon yang bertanding, penyokong dan anggota PKR amnya agar sentiasa menjaga tata tertib serta disiplin terutama sepanjang tempoh berkempen sehingga selesai proses pengundian pada 22 Mei. 

“Rakyat sedang memerhati dan menilai perilaku para calon dan penyokong, manakala musuh politik sudah pasti bersedia mengambil peluang serta kesempatan untuk menyerang parti dan pimpinan,” katanya.

Terdahulu, calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, ketika berkempen di Pulau Pinang berkata beliau berkorban demi membantu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika “hilang kerja” selepas tewas, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)

Rafizi yang juga mantan Naib Presiden PKR berkata, beliau memujuk Saifuddin kembali aktif dalam politik susulan kekalahan itu, sebelum memberi laluan kepadanya menyandang jawatan Setiausaha Agung PKR sehingga kini.

Pada masa sama, beliau memainkan peranan penting dengan menyokong Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu tersebut dilantik sebagai penasihat strategik Ketua Menteri Pulau Pinang. Lim Guan Eng pada 2017.

Kenyataan itu dinyatakan secara terbuka susulan Saifuddin Nasution yang merupakan pencabarnya mengulas serta mengecam ketiadaan Rafizi di dalam arena politik selama dua tahun.

Bagaimanapun, Saifuddin tidak berdiam diri apabila menafikan dakwaan tersebut.

Dedah Saifuddin, Rafizi tidak pernah mempunyai hubungan baik dengan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurut beliau, fakta mengatakan pekerjaan terbabit diperoleh atas bantuan Rafizi adalah tidak benar sama sekali kerana Guan Eng sendiri yang melantiknya ke jawatan tersebut. - Getaran, 25 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang