web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lokasi Debat Anwar-Najib Belum Dapat Kelulusan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 8:28PM

Debat antara Anwar dan Najib dijadualkan pada 12 Mei ini di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Debat antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih belum mendapat kelulusan lokasi daripada pihak pengurusan Universi Malaya (UM).

Jurucakap Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) menegaskan, permohonan rasmi secara bertulis sudah dihantar beberapa minggu lalu selepas pengumuman berhubung acara itu dibuat wakil kedua-dua pihak.

Justeru, KMUM merayu jasa baik pihak pengurusan UM agar mempertimbangkan segera kelulusan bagi penganjuran debat itu.

“Penganjuran debat ini akan mencerminkan kepada pembudayaan diskusi ilmiah dan perihal pembuatan dasar yang perlu dimartabatkan serta menyaksikan komitmen universiti sendiri terhadap perihal berikut.

“Pihak KMUN percaya, sudah tiba masa untuk nafas politik baharu dan segar dibawa.

“Ia selaras perkembangan wadah politik nasional masa kini dalam meningkatkan keterlibatan dan kecelikkan politik anak muda, khususnya golongan mahasiswa,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, debat tersebut bakal berlangsung pada 12 Mei ini di Dewan Tunku Canselor UM.

Menurut beliau, acara dijangka selama dua jam bermula 9 malam itu boleh disaksikan secara langsung, sama ada melalui saluran media utama, termasuk media sosial atau hadir ke lokasi.

Beliau bersama Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menerusi sidang media khas baru baru ini, menjelaskan format debat itu akan merangkumi tiga bahagian. 

“Pertama, debat itu akan menyentuh berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Berhad (SEB) serta sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak.

“Kedua, berhubung ‘Masa Depan Malaysia’ yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir dan hala tuju negara. Bahagian terakhir adalah sesi soal jawab,” kata Fahmi. 

KMUM berkata, tiada wadah lain dilihat lebih sesuai ketika ini bagi merealisasikan cita-cita itu, selain daripada penganjuran acara debat terbabit di universiti awam berkenaan.

Selain itu, bagi meraikan pengamalan demokrasi dan politik nilai melangkaui perbezaan fahaman politik, KMUM sekali lagi menegaskan sokongan penuh pihaknya terhadap mana-mana penganjuran debat. 

“Termasuklah apa-apa program yang bertunjangkan diskusi kritis secara matang dan substantif, seperti Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib,” katanya. - 26 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'