web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MB Johor Jangan Sesuka Hati Lantik JPKD BN Di DUN Pembangkang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 12:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi tidak wajar melantik dengan sesuka hati 16 Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) yang terdiri daripada ahli politik Barisan Nasional (BN) bagi menjalankan tugas di semua kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang. 

Lebih mengecewakan, Pakatan Harapan (PH) Johor hanya mengetahui perkara tersebut menerusi sepucuk surat yang tular di media sosial, sedangkan pelantikan itu telah pun berkuatkuasa sejak 26 April lalu. 

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Liew Chin Tong berkata, urusan pengagihan bantuan yang disebut Menteri Besar seharusnya dilaksanakan sendiri oleh ADUN pembangkang dan tidak perlu melalui Penyelaras BN. 

"Penyelaras BN mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk bekerjasama dengan ADUN Pembangkang, bukannya melangkaui peranan pemimpin pilihan rakyat.

"Atas prinsip dan semangat dwipartisan, semua kemudahan dan jemputan ke majlis serta mesyuarat rasmi kerajaan untuk Penyelaras BN harus diperuntukkan dan dipanjangkan kepada semua ADUN pembangkang," katanya hari ini. 

Terdahulu, kerajaan Johor menerusi laporan media tempatan memaklumkan, JPKD yang dilantik sebagai wakil kerajaan di kawasan pembangkang masih bersifat sementara dan belum dimuktamadkan.

Onn Hafiz berkata, lantikan yang dibuat buat sementara waktu ini adalah untuk memudahkan urusan di kawasan pembangkang terutama dalam aspek pengagihan bantuan.

Katanya, kerajaan negeri juga akan membuat pengumuman sebaik selesai lantikan secara rasmi penyelaras DUN yang telah dipilih.

Chin Tong yang juga ADUN Perling menegaskan, PH serta Parti Ikatan Demokratik (MUDA) Johor mencadangkan dua langkah yang boleh dilaksanakan bersama Penyelaras BN demi kebaikan rakyat di negeri tersebut. 

Cadangan pertama, menurutnya adalah keperluan membenarkan semua ADUN pembangkang menyertai Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) serta majlis rasmi Kerajaan Negeri Johor. 

"Semua ADUN pembangkang yang dipilih oleh rakyat Johor bertanggungjawab untuk memastikan setiap maklumat, kerja lapangan, dan masalah rakyat disampaikan secara terus dan rasmi kepada JTPD. 

"Penyertaan pembangkang dalam JTPD, termasuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Jawatankuasa Keselamatan Daerah, dan mesyuarat rasmi yang lain, akan memudahkan usaha membantu rakyat dan membangunkan Johor," katanya.

Pada masa sama, Chin Tong menegaskan kerajaan Johor perlu membentangkan rancangan penyelaras BN bagi setiap suku tahun demi tujuan penyelarasan bersama ADUN pembangkang. 

Jelasnya, penyelaras dari gabungan terbabit perlu bertanggungjawab untuk membentangkan rancangan suku tahun bagi setiap kawasan yang telah dilantik. 

"Ini bagi memudahkan kerjasama antara penyelaras BN bersama ADUN Pembangkang dalam hal pembangunan dan kebajikan negeri.

"Perkara tersebut juga selaras dengan hasrat ADUN-ADUN PH dan MUDA untuk mengetepikan perbezaan fahaman politik," katanya. 

Menurut Chin Tong, semua parti pembangkang serta kerajaan perlu bersama memberikan khidmat terbaik kepada Bangsa Johor yang telah memilih semua ADUN pada pilihan raya negeri, Mac lalu. 

"Semua ADUN pembangkang akan menyokong usaha yang baik daripada kerajaan demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri Johor. 

"Kami yakin semua wakil rakyat mampu mengendalikan pengagihan bantuan," katanya.

Sebelum ini, satu surat dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Johor bertarikh 26 April lalu menyatakan, beberapa nama telah mendapat persetujuan untuk dilantik sebagai penyelaras DUN berkuat kuasa pada tarikh sama.- Getaran, 28 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi