web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Zuraida Patut Lepaskan Kerusi Parlimen Ampang Juga - Fahmi Fadzil

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 6:47PM

Zuraida pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Ampang, yang diadakan pada 23 Mei lalu. - Gambar dari Facebook Zuraida Kamaruddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selain daripada meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin seharusnya turut melepaskan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Ampang.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pengunduran Zuraida dari BERSATU seharusnya disusuli dengan keputusan melepaskan kerusi parlimen disandangnya.

"Kita menghormati pilihannya. Itu hak demokrasi dalam politik, tetapi ini bukan kali pertama beliau mengundur diri dari sebuah parti.

"Beliau menang kerusi Parlimen Ampang ketika bersama PKR dan selepas itu bertindak meninggalkan parti ini pula pada tahun 2020," katanya kepada Getaran hari ini.

Fahmi Fadzil - Gambar fail
Fahmi Fadzil - Gambar fail

Fahmi berkata, tindakan Zuraida meninggalkan PKR pada 2020 adalah kerana menyertai gerakan Langkah Sheraton bersama bekas pemimpin PKR lain, antaranya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut beliau, tindakan Zuraida dan kumpulan ‘Langkah Sheraton’ tersebut menyebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika diminta mengulas mengenai pendirian Zuraida untuk terus menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Fahmi berkata, ia adalah hak dan keputusan bekas Naib Presiden PKR itu sendiri.

"Sokongan beliau merupakan hak beliau, jadi itu berpulang. Kita tahu UMNO ada keputusan sendiri mengenai bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tanpa gabungan mana-mana parti lain.

"Sama ada PBM dapat diterima oleh UMNO atapun tidak, kita tidak tahu lagi, jadi saya tidak ingin ulas mengenai sokongan Zuraida kepada sesiapapun," katanya. – Getaran, 26 Mei 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi