web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tetapkan Tarikh Sidang Khas Bincang RUU Larang Tukar Parti, Isu Rakyat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 May 2022 10:19PM

Anwar selain RUU itu, sidang khas tersebut boleh membincangkan kos sara hidup serta isu kenaikan harga barangan keperluan yang mendadak. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus digesa menetapkan tarikh sidang khas Parlimen bagi membincangkan soal Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti dan isu berteraskan rakyat yang berbangkit.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain RUU itu, sidang khas tersebut boleh membincangkan kos sara hidup serta isu kenaikan harga barangan keperluan yang mendadak.

“Selesaikan masalah kita ini. Adakan sidang khas bincangkan apa? Akta lompat parti (RUU Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti). Itu satu…

“(Selain itu) Kos sara hidup, ayam, minyak kelapa sawit, harga bawang, pelbagai barang keperluan yang mendadak naik kemudian membebankan rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kelmarin, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa Perdana Menteri segera mengadakan sidang khas Parlimen bagi membahaskan RUU Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.

Menurut kenyataan bersama pemimpin PH, sebelum ini Perdana Menteri sudah beberapa kali memberikan komitmen untuk membahaskan RUU itu, namun ia belum dilaksanakan.

Anwar turut menarik perhatian mengenai pendedahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung beberapa pembelian untuk sektor perkhidmatan kesihatan negara ini ketika wabak COVID-19 melanda, terpalit dengan unsur rasuah.

Beliau berkata, perkara terbabit membuktikan kerja ‘merompak’ seumpama itu, bukan sahaja dalam keadaan biasa tetapi juga semasa situasi pandemik.

“Kita bertanggungjawab kerana kita dahulu cadangkan kepada kerajaan menurut memorandum persefahaman. Sebanyak RM45 bilion tambahan untuk selesaikan masalah COVID-19.

“Bukan hendak suruh orang rompak, suruh orang curi. Hendak berikan kepada rakyat,” katanya.  

Atas sebab itu, tambah Anwar, Perdana Menteri perlu segera menetapkan sidang khas berkenaan. - Getaran, 29 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global