web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemilihan PKR: Sangetha Jayakumar Dakwa Keputusan Tidak Masuk Akal

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 9:42PM

Sangetha Jayakumar - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sangetha Jayakumar, anak perempuan mantan Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang tewas dalam perebutan jawatan Ketua Cabang Kota Raja, mendakwa wujud penyelewengan dalam proses pemilihan parti itu.

Menerusi hantaran di Facebook, Sangetha berkata, jumlah undi dikira, termasuk undi ‘meragukan’ di cabang ditandinginya itu adalah kurang daripada jumlah pemilih yang mengundi.

“Penjadualan undi, berdasarkan ahli yang direkodkan sebagai penyokong mereka, juga jauh berbeza dengan apa dipaparkan dalam pengiraan tidak rasmi dikeluarkan JPP (jawatankuasa pilihan raya) hari ini,” katanya.

“Perbezaan tersebut sangat jelas dan tidak masuk akal,” katanya.

Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga naib ketua Wanita tewas di tangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Gunarajah George dengan perbezaan lebih 1,000 undi.

Dalam pertandingan itu, Gunarajah yang memperoleh kemenangan kukuh untuk kerusi Sentosa pada 2018, memperoleh 2,709 undi, berbanding Sangetha dengan 1,691 undi.

Sangetha berkata, penyelewengan itu menimbulkan keraguan mengenai keberkesanan aplikasi Adil dibangunkan parti itu untuk pilihan raya.

Malah ‘lebih membimbangkan’, katanya, adalah kemungkinan sama ada sistem itu dimanipulasi pihak tertentu.

Kebimbangannya itu ‘semakin bertambah’ dengan prosedur ‘pelik’ dan ‘tidak konsisten’, seperti lewat mengumumkan pemenang pemilihan berkenaan.

“Saya merasakan ini adalah asas kukuh untuk menggesa parti menjalankan audit dengan dikendalikan pihak ketiga yang bebas, tanpa penglibatan mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan dalam pemilihan parti.

“Ini adalah untuk memulihkan keyakinan ahli parti dan masyarakat bahawa parti tidak dikompromi dengan salah laku dan manipulasi,” katanya. - The Vibes, 30 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Nurul Izzah Positif COVID-19, Mohon Maaf Tidak Dapat Sertai Majlis Kesyukuran

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dah ‘Call’ Rafizi, Keputusan Pemilihan PKR Dalam Waktu Terdekat - Anwar Ibrahim

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Tidak Rasmi: Rafizi Akhirnya Berjaya Menang Jawatan Timbalan Presiden PKR

4

Politik 2 tahun yang lalu

Johari Abdul Gagal Rebut Jawatan Ketua Cabang Sungai Petani

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad