web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dah ‘Call’ Rafizi, Keputusan Pemilihan PKR Dalam Waktu Terdekat - Anwar Ibrahim

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 6:28PM

Anwar bercakap dengan media di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) disini, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim komited untuk tidak membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung Pemilihan PKR 2022.

Beliau berkata, pendekatan itu diambil bagi menghormati Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang sedang bertungkus lumus melaksanakan siasatan terperinci terhadap bantahan dan aduan diterima berkaitan pemilihan PKR.

Ketua Pembangkang itu juga mengesahkan sudah menghubungi penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung keputusan secara tidak rasmi yang memihak kepada beliau, selepas berjaya menewaskan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“(Saya) ada menghubungi dia dan beliau (Rafizi) pun sudah menelefon saya namun saya akan buat kenyataan rasmi setelah JPP membuat keputusan dan pengumuman rasmi.

“Saya dinasihat jangan membuat apa-apa kenyataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak namun pemilihan dan semangat perubahan itu suatu yang positif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Kombo Merdeka 65 Tahun Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) disini, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas keputusan kerajaan memansuhkan hukuman mandatori, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tersebut menyokong tindakan berkenaan yang mampu memberi ruang kepada hakim untuk membuat keputusan lebih tepat mengikut kesalahan dilakukan individu.

“Saya menyokong kerana undang-undang sekarang memaksa hakim menjatuhkan hukuman tanpa ada pilihan, tetapi pindaan ini memberi ruang kepada hakim menilai fakta serta undang-undangnya berdasarkan bukti bagi memberi hukuman kepada pesalah,” katanya.

Sementara itu, Anwar menegaskan, stigma bahawa pemerkasaan Bahasa Melayu akan meremehkan Bahasa Inggeris perlu dihapuskan dan tidak dijadikan sebagai retorik politik oleh sebahagian pemimpin di negara ini.

Jelasnya, komitmen pelbagai pihak perlu direalisasikan agar tersemat di jiwa setiap rakyat Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai jambatan serta penghubung ilmu.

“Penguasaan bahasa baik Inggeris, Arab, Perancis, Tamil itu harus digalakkan bermula dengan paksi keutamaan (pada) bahasa Melayu. Kita kena sebaik mungkin serapkan pelbagai penguasaan bahasa sebagai ilmu tambahan.

“Seperti bahasa Inggeris, ia adalah penghubung antarabangsa. Jangan kita amalkan suka cakap Melayu remehkan Inggeris. Kita kena komited bahasa rasmi negara namun bahasa lain dilihat penting untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta ekonomi negara,” katanya. - Getaran, 12 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka