web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Kembali Semula Ke ‘Kubu UMNO’, Imbau Kenangan Setelah 24 Tahun

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 8:41PM

PWTC kerap dikunjungi Anwar ketika masih bersama UMNO kira-kira 24 tahun lalu. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui dirinya dihambat kenangan lama apabila kembali menjejakkan kaki ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), selepas 24 tahun tidak berbuat demikian.

Umum mengetahui WTCKL adalah bangunan sama menempatkan Menara Datuk Onn iaitu ibu pejabat UMNO.

Anwar yang kini Ketua Pembangkang berkata, beliau masih mengingati dengan jelas kenangan berucap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU), serta beberapa lokasi di bangunan berkenaan yang kerap menjadi tempat berborak dengan ahli UMNO ketika masih menganggotai parti itu.

Bagaimanapun, Anwar pada sidang media itu enggan melihat kehadirannya ke PWTC sebagai petunjuk beliau kembali ke pangkuan UMNO, sebaliknya sekadar menunaikan jemputan menghadiri pesta buku.

“Ya, ada terkenang (ketika berucap di Dewan Merdeka). Wan Azizah ada tunjukkan gambar (saya). Di sini juga ada beberapa tempat saya kerap berborak dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui media sempena Majlis Peluncuran Buku Kombo Merdeka 65 Tahun karya Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis disempurnakan Ahli Parlimen Port Dickson itu adalah bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), yang berlangsung selama 10 hari sejak 3 Jun lalu dan berakhir hari ini.

Anwar datang bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke majlis tersebut atas kapasitinya sebagai Pengerusi Emeritus Institut Antarabangsa Pemikir Islam.

PWTC kerap dikunjungi Anwar dan Dr Wan Azizah ketika masih bersama UMNO kira-kira 24 tahun lalu, malah bangunan itu ialah medan perbahasan Anwar ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Pada 1998, Anwar yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, dipecat daripada kedua-dua jawatan tersebut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri, atas beberapa dakwaan salah laku.

Peristiwa luar jangka itu mencetuskan permulaan permusuhan yang panjang antara Anwar dan UMNO, serta membawa kepada penubuhan PKR.

Mengulas perkara berbeza, Anwar bertindak ‘memulangkan paku buah keras’ terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung kenyataan yang mengaitkan beliau dengan kegagalan bergelar Perdana Menteri selama ini.

Anwar berkata, Tommy juga perlu mencermin diri sendiri kerana buku nukilannya penuh dengan unsur-unsur perkauman.

“Dulu dia (Tommy Thomas) ada menulis tentang mempertahankan saya kerana campur tangan badan kehakiman. Ini diketahui umum.

“Semua sudah tahu. Tetapi Tommy Thomas harus juga melihat cermin kerana dalam bidang masa (Peguam Negara) dia ada jalankan tugas dan dalam buku dia unsur-unsur perkauman tebal, unsur-unsur menghina keupayaan penjawat awam, termasuk Jabatan Peguam Negara keseluruhannya.

“Tak boleh kata begitu. Takkan dalam ribuan tak ada seorang yang layak. ini pandangan kolot, kolonial, yang kita tolak,” katanya.

Jelas Anwar, Tommy tidak dapat menerima kritikan walaupun beliau dengan lantang mengecam pelbagai pihak secara terbuka sebelum ini.

“Saya boleh menerima kritikan yang saya dengar, jika dia berpendapat bahawa saya tidak akan berjaya sebagai Perdana Menteri, saya boleh beritahu beliau bahawa (saya) boleh jadi Perdana Menteri sekiranya berkompromi dengan rasuah dan salah guna kuasa serta mencampuri urusan mahkamah.

“Tiada siapa boleh mempertikaikan itu tetapi saya menolak. Adakah itu satu kegagalan? Atau pada fikiran saya, pendirian berprinsip untuk menghormati undang-undang,” katanya. - Getaran, 12 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini