web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RUU Perkhidmatan Parlimen Bentang Dalam Masa Terdekat - Wan Junaidi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Jul 2022 3:23PM

Wan Junaidi menerima memorandum dari BERSIH di hadapan bangunan Parlimen hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan dibentang di Parlimen dalam masa terdekat setelah selesai diperhalusi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perbincangan, dan libat urus Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengenai RUU tersebut telah dilaksanakan.

“Rang Undang-Undang dah ada, dah siap dan boleh dibentang jika  speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta ahli-ahli kabinet bersetuju.

“Tetapi, hanya ‘detail’ RUU tersebut masih diteliti oleh pihak kami, dan jika semuanya berjalan lancar, dalam masa seminggu ia boleh dicadangkan supaya dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat  kali ini,” katanya kepada media ketika menerima memorandum dari BERSIH di hadapan bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata, ada beberapa perkara yang harus diteliti dalam RUU tersebut sebelum dibawa ke persetujuan ahli-ahli Kabinet dan speaker Dewan Rakyat  untuk dibentang.

“Ada beberapa peraturan yang perlu diperhalusi dan perlu buat perubahan dalam RUU ini terlebih dahulu.

“Ia seperti kawal selia anggota yang berkhidmat dengan Parlimen, kawal kewangan Parlimen  dan masih ada sedikit perkara yang harus diteliti dalam RUU ini, “ ujarnya.

Tambah Wan Junaidi, pihaknya percaya perkara ini antara penambahbaikan atau reformasi yang perlu untuk Parlimen.

“Kita mengharapkan rang undang-undang ini diberikan laluan, dibentangkan secepat mungkin di Parlimen dan memohon sokongan serta kerjasama dari semua ahli Parlimen, senator dan masyarakat sivil,” ujarnya. - 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

KDN Rangka Rang Undang-Undang Jaga Kebajikan Pesara, Bekas Pegawai Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' Tidak Pernah Diguna Dalam Peruntukan Angkat Sumpah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Bantuan Segera Penoreh Tangani Musim Panas Dibincang Di Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dewan Rakyat Bincang Isu Wang Tidak Dituntut Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka