web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RUU Larang Lompat Parti Diharap Mampu Kembali Kepercayaan Rakyat – Pembangkang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 4:28PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sememangnya melucukan apabila Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti disokong oleh ahli parlimen yang sebelum ini pernah melompat parti - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti oleh ahli parlimen yang pernah berbuat demikian dianggap sebagai melucukan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sememangnya melucukan apabila akta terbabit disokong oleh ahli parlimen yang sebelum ini pernah melompat parti.

Beliau bagaimanapun menzahirkan rasa syukur kerana kedua-dua blok berjaya mewujudkan persefahaman itu.

“Saya bersyukur kerana persefahaman menetapkan mesti ada usaha meluluskan RUU anti-lompat parti atau dengan istilah yang lebih tepat, iaitu anti khianat, anti belot dan anti menipu rakyat.

“Tapi agak melucukan apabila daripada 209 undi diterima semalam, ia turut melibatkan orang-orang yang bersekongkol dalam pengkhianatan iaitu katak. Ada yang melompat parti pun turut mengundi, menjadikan ia satu perkara yang agak lucu tapi menyenangkan,” katanya menerusi video di Facebook, hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, keputusan berkenaan yang menghasilkan majoriti dua pertiga secara tidak langsung adalah kemenangan buat rakyat yang selama ini melihat perbuatan melompat parti sebagai satu pengkhianatan terhadap kepercayaan diberikan.

“Akta berkenaan diharapkan mampu mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat, selepas mandat mereka dikhianati katak politik,” katanya.

Sementara itu Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan mengenai pelaksanaan pilihan raya umum (PRU) hanya boleh dibuat Perdana Menteri selepas semua negeri meminda perlembagaan masing-masing dengan menggubal RUU sama.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng - Gambar Fail
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng - Gambar Fail

Beliau berkata, perkara tersebut bagi memastikan keseragaman dan konsistensi perlembagaan di setiap negeri.

“Tidak sepatutnya ada undang-undang yang berbeza antara setiap perlembagaan negeri dan Persekutuan.

“Ia bagi memastikan kerangka politik dapat dibersihkan daripada oportunis tidak jujur yang sanggup menjual prinsip mereka dan mengkhianati mandat rakyat untuk mengejar kekayaan serta jawatan politik,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan bahawa pindaan Perlembagaan Persekutuan mungkin diwartakan bulan depan selepas Dewan Negara bersidang pada 9 Ogos untuk meluluskan pindaan tersebut.

“Semalam semasa ucapan saya di Parlimen, saya telah berbincang dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju bahawa semua tiga negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan akan meminda perlembagaan negeri masing-masing dengan memasukkan undang-undang anti lompat parti,” katanya.

RUU Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti diluluskan semalam di Dewan Rakyat selepas bacaan kali ketiga dengan sokongan majoriti melebihi dua pertiga.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas dibahas selama dua hari oleh 54 ahli parlimen mewakili pelbagai parti politik daripada kerajaan dan blok pembangkang. - Getaran, 29 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global