web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cadang Isytihar 28 Julai Hari Anti Lompat Parti

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 8:17PM

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Tarikh 28 Julai disarankan untuk diisytihar sebagai Hari Anti Lompat Parti yang akan disambut setiap tahun setelah Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 diluluskan di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, tarikh tersebut antara lain bagi memperingati kejayaan kerajaan dan pembangkang dalam mencapai kesepakatan berhubung usul tersebut baru-baru ini.

“Kami sarankan kerajaan supaya menjadikan tarikh tersebut sebagai Hari Anti Lompat Hari secara rasmi.

“Ini penting kerana hak rakyat sebagai pengundi kini dihormati dan dijamin, terutama mereka yang membuang undi untuk calon-calon yang mereka percaya dan sokong pada pilihan raya umum lalu,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kewujudan akta tersebut bermakna mandat dan kepercayaan diberikan rakyat tidak lagi boleh dikhianati.

“Wakil rakyat yang mengutamakan kuasa dan harta kini boleh ditolak dan hanya mereka yang benar-benar mengutamakan rakyat serta negara boleh dipilih lagi,” katanya. 

Khamis lalu, RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat lompat parti diluluskan dengan undi lebih dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

Ia melibatkan persetujuan 209 Ahli Parlimen manakala 11 lagi disahkan tidak hadir.

Kelulusan itu sekali gus meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara luar yang menguatkuasakannya lebih awal, kerana tindakan lompat parti telah menjejaskan kuasa kerajaan . - Getaran, 30 Julai 2022


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ab Rauf Harap 2 ADUN PN Sertai Kerajaan Perpaduan Di Melaka

2

Politik 1 tahun yang lalu

WARISAN Tidak Bertanding PRN 6 Negeri - Mohd Shafie

3

Politik 1 tahun yang lalu

Elak Lompat Parti Jadi Amalan, Ahli Politik Perlu Berani Tolak Tindakan

4

Politik 1 tahun yang lalu

Keputusan Tiada Kekosongan Kerusi Parlimen Sabah Muktamad - Speaker

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah