web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RUU Anti Lompat Parti : 4 Negeri Suara Hasrat Pinda Perlembagaan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Jul 2022 8:28PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat negeri akan meminda Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri secepat mungkin selepas Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 diluluskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, empat negeri berkenaan terdiri daripada Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

“Kita menyambut baik hasrat pemindaan Perlembangan empat negeri itu yang dilihat sebagai satu langkah sihat bagi memperkukuhkan demokrasi.

“Apabila RUU ini dikuatkuasakan kelak, ia tidak memaksa mana- mana negeri untuk ikut tetapi mereka diberi kebebasan sama ada mahu ikut ataupun tidak,” katanya.

Menurut beliau kerajaan Persekutuan tidak mengambil kuasa ini dari negeri. 

“Pindaan telah dibuat kepada Jadual ke-8 Perlembagaan Persekutuan serta kemasukan Fasal 1 yang bermaksud, kuatkuasa peruntukan ini di peringkat negeri hanya boleh dibuat selepas mendapat perkenan Raja atau Yang di-Pertua Negeri “ katanya hari ini.

Wan Junaidi berkata, kerjasama dari semua negeri itu membolehkan RUU berkenaan dapat diseragamkan dan dikuatkuasakan di peringkat negeri sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya akan mengadakan sesi libat urus dengan semua negeri bagi menerangkan kebaikan RUU tersebut.

“Dijangkakan sesi libat urus bersama Ahli Dewan Negara diadakan Ogos ini sebelum bacaan pertama dan kedua.

“Setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, RUU tersebut akan dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan untuk diperkenankan dan pewartaan,” jelasnya. - Getaran, 30 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah