web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RUU Sumbangan Politik Dijangka Dibentang Oktober - Wan Junaidi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 2:35PM

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik dijangka dapat dibentangkan di Parlimen Oktober nanti.

Serentak dengan itu, Memorandum Jemaah Menteri akan dibentangkan pada mesyuarat kabinet, September depan bagi membolehkan pembentangan RUU tersebut berjalan mengikut jadual.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perbincangan telah diadakan dengan enam entiti termasuk Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung RUU terbabit.

“Perbincangan itu turut membabitkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM).

"Antara perkara dasar penting yang telah dibincangkan adalah berhubung penubuhan entiti pengawalseliaan sumbangan politik, penyumbang yang dibenarkan dan penetapan penalti ke atas kesalahan di bawah undang-undang ini,” ujarnya.

Tambah Wan Junaidi, pihaknya turut mengarahkan GIACC memperhalusi semua perkara dasar berkenaan, manakala BHEUU dan AGC pula menyediakan draf pentadbiran dengan mengambil kira pandangan serta contoh dikemukakan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau turut mengesyorkan undang-undang itu diselaraskan dengan undang-undang sedia ada di bawah ROS dan SSM.

“Analisis perbandingan pemakaian undang-undang ini dari negara-negara lain juga perlu dilaksanakan bagi tujuan penanda aras RUU terlibat,” katanya.

Jelas Wan Junaidi, beliau juga menyarankan agar draf pentadbiran disediakan secepat mungkin bagi membolehkan sesi libat urus diadakan dengan semua pemegang taruh mengikut garis masa yang akan disediakan oleh GIACC.

"Bagi menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus politik, adalah wajar undang-undang ini dilaksanakan dengan segera," ujarnya.

Terdahulu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) bersetuju secara dasar dengan cadangan Pelaksanaan Dasar Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik, namun ia masih perlu dibincangkan dengan ahli Kabinet sebelum sesi libat urus dengan parti-parti politik.

Menurut jawatankuasa berkenaan, RUU berkenaan dilihat penting kerana sehingga kini tiada undang-undang atau peraturan untuk mengawal selia pembiayaan politik.

Pelaksanaan RUU itu juga berupaya mengelak risiko rasuah serta penyalahgunaan kuasa membabitkan ahli politik yang memberi impak negatif kepada imej negara dan kerajaan. - Getaran, 13 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'