web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Wan Azizah Tak Kisah Berdepan Kamaruddin, Yakin PH Menang Di BTR

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 3:22PM

Wan Azizah Wan Ismail yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR berdepan dua pencabar iaitu Barisan Nasional (BN) Datuk Chew Yin Keen (tengah) dan Perikatan Nasional (PN) Datuk Kamarudin Jaffar (kanan) di Parlimen P124 Bandar Tun Razak - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak menganggap pertembungan dengan bekas Ahli Parlimen PKR, Datuk Kamaruddin Jaffar sebagai satu masalah, malah yakin memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Mantan Presiden PKR itu berkata, tindakan meninggalkan parti dilakukan oleh Kamaruddin, bukan dirinya.

“Tanya dialah (Kamaruddin). Saya tidak apa sahaja. Dia yang tinggalkan kita bukan kita yang tinggalkan dia,” katanya kepada media selepas proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak di sini hari ini. 

Dr Wan Azizah yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pengundi diharapkan dapat memilih PH bagi memastikan gabungan itu berjaya mengekalkan kerusi parlimen berkenaan.

“Saya kena tengoklah pengundi-pengundi. Satunya mereka berasa ‘voter fatigue’. Kita sudah menang 2018 dan selepas itu (penyandang) bertukar parti,” katanya. 

Pada PRU-14, PKR telah meletakkan Kamaruddin untuk bertanding di kerusi tersebut.  

Pada pertembungan tiga penjuru itu, Kamaruddin menang dengan 41,126 undi, menewaskan dua pencabar iaitu calon BN, Adnan Seman (21,196 undi); dan Dr Rosni Adam dari PAS (7,884 undi).

Beliau bagaimanapun bertindak meninggalkan PKR bagi menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam perkembangan berkaitan, Kamaruddin ketika ditemui berpendapat, semua pihak yang merasakan diri mereka layak bertanding di kawasan tersebut mempunyai hak untuk berbuat demikian. 

Beliau yang kini bersama PN bagaimanapun yakin dengan rekod perkhidmatannya di kawasan tersebut. 

“Kita telah memberi khidmat yang sebaik-baiknya untuk memahami hasrat rakyat. Itu adalah memastikan pembangunan terus berjalan dengan isu-isu perumahan rakyat dan infrastruktur terus kita berikan perhatian. 

“Saya bersyukur dapat peluang sekali lagi dan saya yakin rakyat dan pengundi di kawasan Bandar Tun Razak dapat melihat apa yang saya lakukan dengan rekod perkhidmatan saya di sini berbanding calon lain,” katanya. - Getaran, 5 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Karnival Jom Latih Belia Bina Kemahiran, Mampu Jana Pendapatan Lumayan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pembangunan Semula Pangsapuri Di Cheras Babit Lebih 5,000 Unit

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

4

Politik 1 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'