web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: PN Kemuka Tawaran Bentuk Kerajaan Prihatin, Bersih Dan Stabil

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Nov 2022 7:00AM

Muhyiddin bergambar bersama buku manifesto Perikatan Nasional. - Gambar oleh Sarien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) mengemukakan tawaran bagi Pilihan Raya Umum ke-15 termasuk memberikan tumpuan merancakkan ekonomi melalui Tabung Khas Galakan Pelaburan berjumlah RM5 bilion dan mencipta sejuta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika melancarkan tawaran PN di sini malam tadi, berkata ia merupakan antara 50 tawaran utama gabungan itu selain akses perkhidmatan kesihatan terpilih percuma di klinik swasta dan hospital kerajaan menerusi Kad Prihatin Nasional, kenaikan kadar elaun sara hidup (COLA) penjawat awam sebanyak RM100 yang akan diselaras secara berkala serta diskaun 25 peratus bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk graduan kelas kedua atas.

Selain itu, mewujudkan Mahkamah Anti Rasuah, memacu pembangunan inklusif Sabah dan Sarawak melalui pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, penubuhan universiti awam baharu di Sabah dan Sarawak serta pelantikan Senator dalam kalangan belia dan beliawanis.

Tawaran PN turut meliputi menggagaskan Wawasan Felda Baharu bagi menjamin masa depan generasi muda melalui pewujudan peluang ekonomi baharu dan menyediakan bantuan tunai RM1,200 setahun kepada pesawah serta RM800 setahun kepada pekebun kecil.

Muhyiddin berkata sekiranya PN menang pada 19 November ini, cuti akan diisytihar pada 20 November bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu serta Johor dan 21 November bagi negeri lain untuk memudahkan pengundi keluar mengundi tanpa perlu memohon cuti tambahan.

Bekas Perdana Menteri itu turut memberi jaminan bahawa semua inisiatif Bajet 2023 termasuk bantuan kepada rakyat dan penjawat awam akan dilaksana serta ditambah baik untuk semua lapisan masyarakat.

Katanya secara keseluruhan, PN menggariskan 12 tunjang serta 30 pendekatan dengan 234 tawaran dalam usaha membentuk kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil.

Muhyiddin berkata tawaran PN yang bertemakan Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang (PN BEST) itu boleh dilaksanakan secara cekap serta berkesan.

Beliau berkata antara 12 tunjang yang digarap ialah membina ekonomi masa hadapan, meningkatkan nilai dan taraf hidup rakyat, membersihkan politik serta tadbir urus, mensejahterakan Bumiputera, Orang Asli dan semua kaum selain merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.

“Selain itu, melestarikan alam sekitar dan merancakkan pelancongan; memperkasa belia dan mensejahterakan keluarga muda; mengoptimumkan potensi wanita; membina warga emas yang sejahtera; memperkasa orang kurang upaya; memperkasa generasi Felda serta mentransformasikan petani, penternak, nelayan dan pekebun kecil,” katanya.

Muhyiddin berkata bagi memantau dan memastikan tawaran PN dilaksanakan sepenuhnya, beliau akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi tujuan itu.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau, Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 bulan yang lalu

Tip Mencari Pekerjaan Di Zaman Serba Mencabar

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Subsidi Diesel Perlu Dilaksana, Elak Salah Guna Golongan Maha Kaya, Warga Asing - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Umum Pendekatan Baharu Untuk Manfaat Warga FELDA - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka