web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dr M Dakwa Ahmad Zahid Akhirnya Akan Jadi PM

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 3:45PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah pemimpin yang akhirnya akan menjadi Perdana Menteri.

Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu mendakwa, ia akan berlaku meskipun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijanjikan akan terus memegang jawatan pemimpin utama itu apabila Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kasihan Ismail Sabri. Dijanji akan terus jadi Perdana Menteri apabila BN menang. Dan dia pun bubar Parlimen. Sekarang kroninya tidak dipilih sebagai calon.

“Dia jadi lemah. Ramai percaya janji Ahmad Zahid bahawa Ismail Sabri akan jadi Perdana Menteri akan hanya tinggal janji. Yang akan jadi Perdana Menteri akhirnya Ahmad Zahid,” katanya menerusi Facebook.

Ahmad Zahid baru-baru ini mengulangi pendirian bahawa Ismail Sabri diangkat sebagai Perdana Menteri jika BN memenangi PRU-15.

Menurutnya, ketika ini pun beliau tidak menjadi Perdana Menteri atau menyandang apa-apa jawatan dalam kerajaan walaupun menjadi Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beliau masih kekal menjadi ‘poster boy’ BN pada PRU-15.

Perdana Menteri berkata, setakat ini ketetapan itu masih tidak berubah dan kekal seperti diputuskan Majlis Tertinggi (MT) UMNO, selain disokong 156 Bahagian UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU). - Getaran, 9 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini