web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Pengundi Pagoh Ditawar RM1,000?

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Nov 2022 3:25PM

Ismail berkata, pihaknya mendapat maklumat itu daripada beberapa penduduk di Felda Sri Jaya dan Sri Ledang, sejak semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PAGOH - Barisan Nasional (BN) mendakwa penduduk Felda di kawasan Pagoh ditawarkan wang tunai RM1,000 oleh parti lawan bagi mengundi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu ini.

Pengerusi BN Pagoh, Ismail Mohamed berkata, pihaknya mendapat maklumat itu daripada beberapa penduduk di Felda Sri Jaya dan Sri Ledang, sejak semalam.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak dapat mengesahkan gabungan atau parti politik yang melakukan kegiatan tidak bermoral itu berikutan tidak mempunyai bukti kukuh.

“Parti mana tak boleh sebut, tetapi apabila sudah mendapatkan bukti, kami akan dedahkan perkara itu. Kami masih dalam proses ke arah itu kerana ini aduan daripada rakyat. Kami bukan suka-suka untuk menuduh tetapi wujud pengagihan seperti ini.

“Saya belum ada bukti bergambar tetapi saya dengar RM1,000 untuk satu rumah. Saya tiada masalah nak sebut kerana ini orang Felda beritahu saya,” katanya ketika ditemui media di Kompleks Sri Pekembar, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, berdasarkan aduan diterima, Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata, ‘ganjaran’ terbabit diagihkan kepada pengundi dari rumah ke rumah.

“Kami amat kecewa kerana pengundi di Pagoh tidak sewajarnya diajar dengan politik kotor. Sesebuah parti itu tidak sewajarnya menggunakan cara tidak sihat ini demi meraih undi,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, pihaknya sedang mengumpul bukti dan akan membuat laporan polis mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.

“Kami sedang menunggu kerana mereka kata gerakan itu dah ada cuma nak bukti dan saya pasti gerakan ini akan berkembang.

“Mungkin yang dah terima hanya mengadu tetapi yang menerima selepas ini berikan bukti supaya kami bukan hanya membuat tuduhan,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, terdapat keperluan untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melawat setiap pusat daerah mengundi (PDM) berikutan wujud keraguan apabila parti lawan mewujudkan bilik kebal.

“Mengapa ada bilik berkepung dalam khemah, boleh lihat PDM BN (tiada bilik kebal) dan saya cadangkan SPR melihat mengapa ada bilik berkepung dilakukan parti tertentu di bilik gerakan mereka.

“Itu menimbulkan keraguan dan kami juga sedang mengumpulkan bukti untuk perkara ini. Insya-Allah kami akan melaporkan kepada pihak berkuasa jika mempunyai bukti,” katanya.  - Getaran, 16 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Subsidi Diesel Perlu Dilaksana, Elak Salah Guna Golongan Maha Kaya, Warga Asing - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'