web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengunduran BERSATU Sabah Kifarah Untuk Muhyiddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 3:01PM

Nur Jazlan berkata pengunduran BERSATU Sabah adalah hadiah paling menyakitkan untuk Muhyiddin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin BERSATU Sabah meninggalkan parti itu disifatkan sebagai satu kifarah untuk Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia adalah balasan atas perbuatan Muhyiddin yang menghasut pemimpin UMNO Sabah agar berpaling tadah, satu ketika dahulu.

Menurut beliau, Presiden BERSATU itu ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah turut mengkhianati perjanjian persefahaman dibuat bersama UMNO berhubung pembahagian kerusi, apabila meletakkan calon partinya untuk bertanding di kerusi UMNO.

“Inilah hadiah paling menyakitkan untuk Muhyiddin, BERSATU dan PN sebagai tanda ingatan kemenangan mereka dalam PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) lalu. Pastinya Muhyiddin amat terasa sakit dengan tamparan orang Sabah bah.

“Barulah Muhyiddin rasa macam mana sakit dikhianati. Masihkah Din (Muhyiddin) ingat, satu masa dulu Din bersama beberapa orang dalam UMNO hasut dan pujuk orang UMNO Sabah untuk berpaling tadah serta khianati UMNO sebelum masuk BERSATU. Sampai boleh katakan ketika itu terduduk jugalah seketika orang UMNO Sabah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ketua UMNO Pulai itu mendakwa, niat jahat dan dendam Muhyiddin kerana dipecat UMNO tidak pernah terpadam.

Perkara tersebut katanya, jelas terbukti apabila Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri membuat pertuduhan politik ke atas beberapa pemimpin UMNO, malah turut memanipulasi kelemahan Perdana Menteri dari UMNO (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).

“Dia mengajak orang UMNO untuk khianati parti sendiri sebab matlamat jahat asalnya penubuhan BERSATU adalah untuk membunuh UMNO.

“Muhyiddin umpan pemimpin-pemimpin UMNO dengan macam-macam benda. Ketika dia jadi Perdana Menteri Kelapan, dia umpan dengan pangkat dan jawatan dan biarpun selepas dia dijatuhkan, dia guna pula taktik ugutan untuk tarikan sokongan ke atas Perdana Menteri Kesembilan jika tak ikut kemahuannya,” katanya.

Nur Jazlan yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri memberitahu, luaran Ahli Parlimen Pagoh itu sememangnya kelihatan suci tetapi hakikatnya, menyimpan hasad dengki dan dendam kesumat dalam diri.

“Imej anak kepada guru agama dan jolokan Abah dimanipulasikan sehabis-habisnya demi kepentingan sendiri, tapi Allah SWT itu Maha Adil.

Segala perbuatan jahat dan khianat Muhyiddin ke atas UMNO dan bekas rakan-rakan mula ditimpa kifarah atau pembalasan sedikit demi sedikit.

“Bermula dengan PRU-15 lalu, walaupun PN menang banyak kerusi tapi cita-cita Muhyiddin untuk tubuhkan kerajaan dan jadi Perdana Menteri semula tak dimakbulkan. Mungkin Tuhan tak cabut rasa sombong dan ego yang tinggi dalam hati Muhyiddin sampai dia buat keputusan untuk tolak kerajaan perpaduan seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Jelas Nur Jazlan, kerosakan dilakukan Muhyiddin terus terdedah, apabila bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa pula secara tidak sengaja ‘memecah rahsia’  ‘sumbangan’ berpuluh juta yang dibelanjakan untuk UMNO Sabah ketika PRN.

“Belum cukup dengan itu, mungkin Tuhan juga nak tunjukkan betapa rakusnya Muhyiddin apabila SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sudah buka kertas siasatan mengenai penggunaan dana kerajaan sebanyak RM92 bilion yang didakwa digunakan secara tak ikut peraturan sepanjang dia jadi Perdana Menteri,” katanya. - Getaran, 15 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global