web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


GRS Gugurkan Keanggotaan BERSATU - Ongkili

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Dec 2022 11:54AM

Dr Maximus Ongkili - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menggugurkan keanggotaan BERSATU sebagai ahli badan gabungan dalam mesyuarat AMT parti itu pada 9 Disember lepas, kata Timbalan Pengerusi GRS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Ongkili, yang juga Presiden Parti BERSATU Sabah berkata pada mesyuarat yang dipengerusikannya itu, AMT GRS turut membuat keputusan untuk mengekalkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Pengerusi GRS.

“Mesyuarat tersebut juga memutuskan untuk menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil demi kepentingan kesejahteraan rakyat dan pembangunan tanah air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau berkata Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee atau BERSATU tidak ada hubungan dengan perjanjian persefahaman kerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan yang prinsip dan matlamatnya telah ditolak oleh BERSATU.

Semalam, Ronald mendakwa perjanjian persefahaman kerjasama ditandatangani GRS adalah tidak sah, kerana BERSATU sebagai ahli GRS tidak pernah terlibat dalam sebarang perbincangan untuk menyertai perjanjian itu.

Jumaat lepas lima gabungan parti politik utama iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), GRS dan Parti Warisan (Warisan) menandatangani perjanjian persefahaman di Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun memeterai perjanjian itu bagi pihak GRS manakala Hajiji menandatangani perjanjian itu sebagai saksi bagi pihak GRS. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini