web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Politik Dominan Dikuasai UMNO Sudah Berakhir, Masanya ‘Buka Hati’ Terima Kerajaan Perpaduan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 6:04PM

Kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) juga perlu dijadikan pengajaran agar parti lebih matang dalam menarik semula sokongan rakyat - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO perlu menerima hakikat bahawa budaya politik dominan yang selama ini dikuasai parti itu telah berakhir dan ini adalah detik paling sesuai untuk mempelajari sistem kerajaan campuran bersama Pakatan Harapan (PH). 

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, setiap ahli perlu mengambil iktibar dan hikmah terhadap kerjasama lampau bersama Perikatan Nasional (PN) yang sering menikam parti daripada belakang.

Menurut beliau, kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) juga perlu dijadikan pengajaran agar parti lebih matang dalam menarik semula sokongan rakyat.

“Budaya politik dominan mungkin sudah berakhir di negara kita. UMNO perlu belajar dan sedia menempuh sistem kerajaan campuran ekoran tiada lagi parti yang mampu memenangi kerusi majoriti di Dewan Rakyat. Walaupun kita mewakili 20 peratus kerusi di dalam kerajaan, namun UMNO dan BN harus memastikan prestasinya benar memberi kesan positif kepada rakyat.

“Benarlah UMNO telah ditolak bangsa Melayu dan tewas pada PRU-15 . Kita akur dan redha meskipun terlalu perit diharungi. Bermuhasabah atas kekalahan kali kedua, kita harus  belajar serta tidak lagi terbuai alpa demi negara bangsa ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Syed Mohd Johan berkata, UMNO rela menjalinkan kerjasama dengan PH yang dilihat berbeza pendirian dengan PN kerana gabungan itu tidak berpura-pura.

“Kita tidak sertai PH, cuma bekerjasama di dalam kerajaan perpaduan sambil terus berbakti kepada nusa dan bangsa. Sedar tidak sedar, UMNO yang tewas pilihan raya telah meletakkan dirinya pada kedudukan strategik, progresif dan dinamik. 

“Kita pernah bekerjasama dengan PN, namun kita kerap ditikam belakang. Ada yang mahu membunuh (secara) halus, ada yang berselingkuh tidak ikhlas setia, malah keduanya mencanang buruk kita keliling negara. Hasilnya, kita tewas teruk setelah ramai anak Melayu dan rakyat termakan hasutan dakyah mereka,” katanya.

Tegas beliau, UMNO seharusnya tidak leka dengan kedudukan selesa bersama kerajaan perpaduan dan perlu sentiasa mengamalkan politik baharu yang telah lama diamalkan negara maju.

“Kita mesti kembalikan kepercayaan mereka agar kerajaan perpaduan ini terus stabil. UMNO perlu mematangkan diri dan kuatkan kembali tubuhnya yang lesu. Perpaduan dan penyatuan jiwa dalam kalangan warga UMNO adalah sangat perlu. 

“Di era ini, kita bakal berdepan liku beronak duri. Dari itu, UMNO perlu gagah untuk terus melangkah dan kembali memenangi keyakinan majoriti rakyat, khususnya bangsa Melayu,” katanya.

Tambah Syed Mohd Johan, perpaduan dan penyatuan jiwa dalam kalangan ahli serta akar umbi adalah sangat diperlukan dalam membentuk UMNO yang matang.

“Bermula malam perasmian sayap Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO semalam, kita sematkan segala iltizam yang digariskan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, sebagai azimat bagi setiap warga UMNO serta kita nekad untuk terus berjuang, menjulang panji parti keramat bangsa ini.

“Insya Allah, selagi hayat ini dikandung badan, perjuangan Islam, Melayu dan Tanah Melayu akan terus menjadi keutamaan kita, demi masa depan Malaysia tercinta. Usah lagi kita beretorik bahasa, ayuh kita bina semula negara bangsa yang berdaulat ini,” katanya.

Selepas ditunda Disember lalu, PAU membuka gelanggangnya bermula malam tadi hingga 14 Januari nanti sebagai medan perbincangan dan perutusan, demi kebaikan serta kelangsungan parti keramat itu.

Pelbagai agenda direncana sepanjang empat hari bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, dengan tumpuan utama perwakilan, ahli dan pemerhati adalah pada Jumaat (esok) bagi mendengar ucapan dasar Presiden serta mengikuti Persidangan Perhimpunan Agung Khas UMNO (Pindaan Perlembagaan).

Kandungan utama perhimpunan agung khas itu adalah meminda Fasal 20.11 di bawah perlembagaan parti berkenaan supaya selari dengan Akta Anti Lompat Parti.

Pindaan itu adalah bagi membolehkan ia disesuaikan dengan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang menyebut seseorang ahli mencapai kemenangan ketika bertanding, namun bertindak meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan pada pilihan raya, akan gugur keahliannya dengan sendiri.

Perhimpunan agung khas itu juga dikhabarkan akan meminda Fasal 8.4 bagi membolehkan pertambahan ketua penerangan bahagian secara automatik sebagai perwakilan PAU setiap tahun.

Ia juga membabitkan pertambahan secara automatik untuk Ketua Penerangan Wanita, Pemuda dan Puteri menjadi perwakilan perhimpunan agung bagi sayap masing-masing. - Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 3 bulan yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka