web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Puteri UMNO Buat Post Mortem Kaji Penolakan Pengundi Muda

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 8:23PM

Zahida Zarik Khan berkata, post mortem tersebut juga bertujuan memastikan parti pimpinannya itu terus relevan kepada anak muda - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO akan melakukan post mortem termasuk mengenal pasti faktor menyebabkan pengundi muda menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November tahun lalu.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, post mortem tersebut juga bertujuan memastikan parti pimpinannya itu terus relevan kepada anak muda.

“Apakah faktor mempengaruhi pengundian mereka? Media sosial (medsos)? Ada kata medsos penting, ada kata tak penting? (Jadi) Kita kena lihat balik kenapa kita kalah.

“Sebab itu saya kata tadi muhasabah, kita kena kaji balik, kaedah apa harus diteliti lebih baik lagi. Mungkin cara kerja dan pendekatan kita kena berubah selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Ketua Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Menurut Zahida, UMNO harus melakukan pembaharuan dalam parti dan tidak menyalahkan antara satu sama lain atas kekalahan teruk pada PRU-15.

Menurut Zahida, UMNO harus melakukan pembaharuan dalam parti dan tidak menyalahkan antara satu sama lain atas kekalahan teruk pada PRU-15 - Gambar oleh Azim Rahman
Menurut Zahida, UMNO harus melakukan pembaharuan dalam parti dan tidak menyalahkan antara satu sama lain atas kekalahan teruk pada PRU-15 - Gambar oleh Azim Rahman

“Kita tak boleh gunakan konsep sama tapi saya harapkan jangan salah menyalahkan satu sama lain.

“Kita sama-sama mencari solusi bagaimana nak menyakinkan orang muda kembali bersama kita pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16),” katanya.

Menyedari kepentingan media sosial hari ini, beliau menggesa kepimpinan UMNO menyediakan dana khusus atau satu badan secara konsisten bagi memastikan ia bukan sekadar melepaskan batuk di tangga di semua peringkat parti.

“Medsos sepatutnya dijadikan core business. Medsos sepatutnya diambil berat kerana kita pandang enteng. Kita boleh sediakan begitu banyak jentera hebat tapi tak mahu sedikitpun memikirkan mengapa medsos patut dijadikan task force yang penting. 

“Medsos mesti kita perkasakan. Kita tak boleh lagi ketinggalan di media sosial. Kita reform media sosial sedia ada. Kita kena fokus dan segmentasikan kepelbagaian terus kepada kumpulan sasar bukan secara rawak,” katanya.

Dalam pada itu, Zahida berkata, gerak kerja Puteri UMNO juga akan diteliti semula dan disesuaikan dengan keperluan semasa.

“Gerak kerja parti (yang) beri impak kita teruskan manakala kerisauan pembahas mengenai URP akan diteliti.

“Seperti saya tegaskan Akademi atau Institut UMNO mesti direalisasikan segera. Kita tak boleh tunggu lagi. Kita harap pimpinan parti fahami denyut nadi ini,” katanya. – Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global