web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Tidak Mahu Polemik Permusuhan Dengan Tun Mahathir Berterusan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 7:04AM

Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu lagi polemik “permusuhan” atau “hubungan pasang-surut” antara beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad diteruskan, sebaliknya semua pihak perlu menerima hakikat bahawa rakyat sudah memberi mandat kepadanya untuk menerajui kerajaan.

Tanpa menyatakan secara khusus mengenai status hubungannya dengan Tun Dr Mahathir, Anwar berkata tumpuan beliau ketika ini adalah melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri dan enggan melayani “kerenah” atau “celoteh” yang tidak relevan daripada negarawan itu.

“Belum ada apa-apa hubungan (situasi terkini) antara saya dengan beliau...saya pun hanya tumpu pada kerja saya (sebagai Perdana Menteri) dan saya tidak sangat melayani kerenah atau celoteh dia yang saya fikir tak begitu relevan.

Rakyat sudah memilih dan kita diberi mandat untuk menjalankan kerja, saya tumpukan ke arah itu...tapi saya juga tidak mahu ini dianggap permusuhan (dengan Tun Dr Mahathir) berterusan...tidak perlulah,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan temu bual televisyen Indonesia, Nation Hub: Special Interview Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan di saluran CNBC Indonesia TV, hari ini.

Anwar berkata demikian sebagai menjawab persoalan mengenai hubungannya dengan Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh itu yang sering menjadi tumpuan dan polemik pelbagai pihak, khususnya selepas Ahli Parlimen Tambun itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lepas.

Temu bual khas itu dirakam ketika lawatan rasmi Anwar ke Indonesia selama dua hari pada 8 dan 9 Januari lepas.

Sementara itu, ditanya mengenai suasana politik Malaysia, Anwar akui keadaan politik di negara ini berbeza dengan Indonesia dan beberapa negara lain kerana permusuhan politik Malaysia disifatkannya sebagai “terlalu tajam” yang mungkin disebabkan warisan cara kepimpinan Tun Dr Mahathir.

“Siapa yang tidak mendukungnya (Tun Dr Mahathir) dianggap musuh...dan situasi ini (permusuhan politik yang tajam) berkembang sehingga kini.

“Tapi sekurang-kurangnya kita (Kerajaan Perpaduan) cepat bertindak (ubah kepada cara baharu) dengan memikirkan soal negara, masa depan dan kestabilan politik hingga berjaya membentuk pergabungan dengan pendirian tatakelola baik dan menolak korupsi dan prinsip ini telah disepakati.

“Saya harap pembangkang kita (di Malaysia) juga tidak terlalu mempertajamkan (permusuhan) dan saya juga minta mereka hindari daripada mengeluarkan kenyataan yang menghukum dan mengkafirkan orang...jika ini dapat diringankan, kita boleh berdialog dengan lebih baik,” katanya.

Selain itu, dalam soal kritikan rakyat terhadap kerajaan khususnya golongan muda, Anwar berkata rakyat tidak boleh dipersalahkan sebaliknya ia adalah cabaran kepada kerajaan kerana rakyat sentiasa menilai prestasi Kabinet pimpinannya.

Bagaimanapun tegas Perdana Menteri, “ketajaman politik” sehingga mengkafirkan orang lain harus dibendung dan malah jika terdapat anak muda yang cenderung dengan ekstremisme juga perlu dibendung  dengan sifat kasih sayang.

“Misalnya, saya lihat nada anak muda juga pada masa sekarang dengan bulan lalu, sangat berbeza… ertinya mereka mengamalkan sikap terbuka dan tidak terkongkong dengan pemikiran yang jumud atau konservatif dan mereka juga menilai kita,” katanya.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka