web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Sepanjang PAU 2022 Petanda UMNO Perlu Berubah - Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 9:10AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Facebook Ahmad Zahid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua isu berkaitan gerak kerja dan hala tuju parti adalah petanda bahawa UMNO perlu melakukan perubahan.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) yang berakhir semalam membawa bersama syor dan cadangan untuk semua langkah pembetulan.

Menurut beliau, parti perlu bersepakat sebagai sebuah keluarga besar UMNO dan terus bergerak ke hadapan.

“Sepanjang dua hari ini, kita telah mendengar pelbagai lontaran pandangan, gesaan, cadangan serta kritikan-kritikan membina daripada jurucakap-jurucakap.  

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua perwakilan yang hadir jauh dari Perlis sehinggalah ke Sabah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau optimis komitmen diberikan semua perwakilan sepanjang perhimpunan berlangsung adalah atas dasar kecintaan terhadap parti.

“Saya yakin komitmen para perwakilan kepada perjalanan Perhimpunan Agung, adalah atas dasar kecintaan serta tanggungjawab untuk sama-sama membawa parti bergerak ke hadapan dalam realiti politik baharu,” katanya.

“Syukur Alhamdulilah selesai sudah Perhimpunan Agung UMNO 2022. 

Saya juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada urusetia yang telah menguruskan dan mengelolakan perhimpunan kali ini dengan baik.

“Saya tinggalkan perwakilan dengan ungkapan kata untuk kita bersama bergerak sederap, satukan niat dan tekad.

“Bulat air kerana pembentung

Bulat kita kerana muafakat

Harapan parti kita junjung

Lonjakkan semula parti keramat

“Ke bukit sama didaki

Ke lurah sama dituruni

Bersatulah kita demi parti

Agar perjuangan dirahmati Illahi,” katanya.

PAU 2022 yang berakhir semalam menyaksikan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan, diluluskan.

Keputusan berkenaan bagaimanapun menerima reaksi berbeza daripada perwakilan, dengan segelintir menyifatkan ia sebagai membunuh amalan demokrasi.

Sejumlah besar ahli akar umbi pula menganggap ia adalah percaturan terbaik dalam mengukuhkan kembali parti, selepas menempuh pengalaman buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu. - Getaran, 15 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi