web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Usah Persoal Pencapaian PM, Apa Yang Awak Buat Selama 5 Tahun Samsuri?

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 5:57PM

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diminta mencermin diri sendiri dan pencapaiannya terlebih dahulu, sebelum mempersoalkan keupayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, tiada pencapaian memberangsangkan dilakar oleh Ahmad Samsuri sepanjang lima tahun mentadbir negeri tersebut.

Menurut beliau, ia dibuktikan menerusi pembinaan rumah yang masih terbengkalai di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.

“Sejak lima tahun jadi Menteri Besar (MB) Terengganu, nasib 120 pembeli rumah terbengkalai di Gong Chempedak di kawasan DUN Rhu Rendang disandang Samsuri sendiri tidak diselesaikan.

“Mereka tidak pernah menerima jawapan dari empat pucuk surat aduan kepada MB malah tidak dapat bertemu MB,” katanya.

Raja Kamarul Bahrin menyatakan demikian sebagai mengulas kritikan Samsuri terhadap Anwar, yang antara lain mempersoalkan pencapaian Presiden PKR itu sepanjang dua bulan bergelar Perdana Menteri.

Samsuri menerusi kenyataan sama turut menyelar Perdana Menteri yang didakwa gagal memanggil mesyuarat kerajaan negeri bersama semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Merujuk kepada masalah rumah terbengkalai itu, Raja Kamarul Bahrin berkata, janji Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Dr Alias Razak untuk memulakan kembali pembinaan juga masih tidak terlaksana sehingga kini.

“Janji Exco Perumahan untuk kerja di mulakan semula selepas raya telah menyaksikan tiga kali raya puasa berlalu tanpa tindakan. Apa yang MB buat?

“Apabila kawasan Kuala Nerus dan Kuala Terengganu terputus bekalan air begitu lama, hampir satu minggu baru Samsuri pulang ke Terengganu menjenguk kawasan bermasalah. Apa yang Samsuri buat luar Terengganu,” bidasnya.

Beliau memberi ingatan, kerajaan gagal Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai PAS telah meninggalkan banyak masalah liabiliti, termasuk persoalan perbelanjaan negara semasa COVID-19, lonjakan hutang negara, kontrak mencurigakan dan kenaikan harga barang keperluan.

“Kerajaan PN yang mempunyai lebih 70 orang menteri serta timbalan meninggalkan begitu banyak masalah yang diwarisi oleh kepemimpinan DS (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dari dua kerajaan gagal (Tan Sri) Mahyuddin (Yassin) dan (Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob).

“Dalam masa yang sama juga Perdana Menteri terpaksa bergelut menghadapi situasi banjir buruk seluruh negara dan di atas rasa prihatin, beliau tidak sempat bercuti pun walau ke negara dekat seperti negara New Zealand,” katanya, sinis.

Raja Kamarul Bahrin menarik perhatian, rakyat Terengganu juga berminat untuk mengetahui lebih lanjut pencapaian Samsuri sepanjang lima tahun tersebut.

“Kalau Samsuri ingin tahu apa yang DS Anwar buat dalam dua bulan selepas menjadi ketua negara, kami juga ingin bertanya apa yang Samsuri lakukan selama hampir lima tahun menjadi ketua negeri Terengganu Darul Iman.

“Selepas lima tahun PAS menjadi kerajaan, Terengganu masih tidak ada peningkatan dilihat dalam menangani masalah dadah dan masih kekal sebagai antara negeri tertinggi penagih dadah di Malaysia.

“Satu sahaja pusat pemulihan dadah kerajaan sementara negeri jiran mempunyai beberapa pusat pemulihan. Apa Samsuri buat selama ini,” selarnya. - Getaran, 15 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi