web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keputusan Tiada Kekosongan Kerusi Parlimen Sabah Muktamad - Speaker

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 6:06PM

Segala justifikasi dan alasan berhubung keputusan itu, telah dijelaskan dalam surat bertarikh 16 Jan yang dihantar kepada Bersatu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan tiada pengosongan empat kerusi Parlimen di Sabah yang dimenangi bekas ahli Bersatu atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November lepas, adalah muktamad.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul berkata segala justifikasi dan alasan berhubung keputusan itu, telah dijelaskan olehnya dalam surat bertarikh 16 Jan yang dihantar kepada Bersatu.

“Seperti yang saya dah jawab (dalam surat kepada Bersatu)…itulah dia (keputusan), muktamad. Terpulang kepada Bersatu (untuk rujuk ke mahkamah), mereka ada hak dan boleh menggunakan segala hak mereka,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertikaikan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk tidak mengosongkan empat kerusi Parlimen di Sabah iaitu Papar, Batu Sapi, Ranau serta Sipitang, dan bercadang untuk merujuk perkara itu ke mahkamah.

Muhyiddin dalam kenyataan hari ini, mendakwa keputusan dibuat Johari adalah berdasarkan tafsiran Fasal 10.2.3 Perlembagaan parti Bersatu, namun menurutnya Yang Dipertua Dewan Rakyat bukan pihak yang mempunyai kuasa untuk mentafsir perlembagaan parti, justeru terkhilaf dalam membuat tafsiran serta keputusan.

Menurut Muhyiddin, dalam surat bertarikh 16 Jan lepas, Johari memberi alasan dengan mentafsir fasal itu, empat Ahli Parlimen berkenaan menjadi ahli langsung GRS pada 27 Okt 2022 dan mendapati keahlian mereka dalam Bersatu gugur serta-merta pada waktu berkenaan, sebelum mereka bertanding dalam PRU15 pada 19 Nov 2022.

Bagaimanapun, Presiden Bersatu itu berkata fasal berkenaan tidak terpakai kepada empat Ahli Parlimen berkenaan kerana mereka adalah ahli Bersatu dan parti itu adalah pengasas serta parti komponen GRS pada masa itu.

Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu  berkata, GRS tidak boleh ditafsirkan sebagai ‘parti politik lain’ mengikut semangat dan intipati fasal berkenaan.

Isu pengosongan empat kerusi Parlimen itu timbul, selepas bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, mengumumkan pemimpin Bersatu Sabah membuat sebulat suara memutuskan untuk keluar daripada parti itu, namun kekal di bawah GRS, pada 10 Dis lepas.

Susulan itu, Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam kenyataan pada 29 Dis berkata parti itu menghantar notis pemakluman kepada Johari, untuk mengesahkan bahawa telah berlakunya kekosongan luar jangka kerusi Parlimen berkenaan, selaras Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan.

Di dalam notis berkenaan, Ahli Parlimen yang dinamakan ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Politik 3 bulan yang lalu

BERSATU Perlu Segera Maklum Kekosongan Kerusi Kepada Speaker – SCPP

4

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah