web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Demokrasi UMNO Mati Hanya Tohmahan Puak ‘Desperado’ - Mohd Puad

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 11:07AM

Mohd Puad Zarkashi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tohmahan bahawa demokrasi dalam UMNO sudah mati hanya kerana tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi adalah naratif yang dibawa segelintir individu dikenali sebagai puak desperado.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, desperado UMNO mendakwa usul yang diluluskan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) itu tidak sah kerana melanggar perlembagaan parti.

Lebih dahsyat lagi jelas beliau, mereka menuduh sejumlah besar perwakilan ‘hantu’ dibawa masuk semata-mata untuk meluluskan usul berkenaan.

“Peliknya kali ini mereka amat berminat untuk bertanding. Masa UMNO kalah 2018 mereka lari. Ini kerana ketika itu UMNO hilang kuasa. Perdana Menteri ialah Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Mereka takut didakwa dan dipenjara. Mereka tahu Tun M akan balas dendam. Mereka sudah dipanggil oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Semua menjauhkan diri dari UMNO, (Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi). Takut terpalit,” katanya, sinis.

Mohd Puad yang menyatakan demikian menerusi hantaran di Facebook, hari ini turut meluahkan rasa ‘takjub’ apabila puak berkenaan muncul kembali selepas sekian lama ‘mendiamkan’ diri.

“Sekarang mereka timbul balik. Mereka teringin untuk bertanding. Kenapa? Kerana UMNO parti dalam kerajaan. Mana mungkin UMNO akan mendakwa mereka. Hipokrit betul.

“Mereka juga teringin kerana kalau menang, mereka secara automatik akan jadi Menteri. Sudah ada yang bersuara, kalau menang, dia kekal sokong (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sebagai PM (Perdana Menteri),” katanya.

Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu, prinsip ‘No Anwar No DAP’ hanyalah alasan yang direka untuk menjatuhkan Zahid.

“Isu ini sudah basi. PAU kali ini mematikan isu tersebut. Tidak berbangkit sama sekali.

“Tetapi puak desperado ini memang konsisten. Iaitu konsisten melawan keputusan parti. Pastinya mereka terus membising walaupun perwakilan sudah buat keputusan,” jelasnya.

Beliau menarik perhatian, ini adalah faktor mengapa komen diberikan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Profesor Dr P Ramasamy kembali tular, sedangkan ia dibantah oleh barisan ahli DAP sendiri.

“Semua komen komen negatif oleh ahli akademik dan media portal turut disebarkan.

“Keputusan perwakilan dianggap tidak demokratik. Sedangkan dalam mesyuarat MKT (Majlis Kerja Tertinggi) pada 5 Januari lalu, terdapat cadangan supaya jawatan nombor satu dan dua tidak dipertandingkan,” jelasnya.

Mohd Puad memberitahu, cadangan itu pada awalnya ditolak, malah Zahid selaku Presiden UMNO juga tidak bersetuju.

“UMNO pernah dua kali tiada pertandingan jawatan Presiden. Kedua duanya diluluskan oleh MKT bukan oleh perwakilan.

“Kenapa orang luar UMNO turut bising. Konon UMNO tidak demokratik. Sebenarnya mereka tidak suka Zahid. Politiknya liat untuk dibunuh. Isu kluster mahkamah gagal jatuhkan Zahid,” tegasnya.

Beliau menambah, kewujudan puak desperado semakin menyerlah selepas kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), apabila mereka mula menubuhkan kumpulan sendiri.

“Ada yang jadi katak. Ada yang bersembunyi. Puak desperado ini menyusahkan parti selama lima tahun. Mereka tidak ikut keputusan parti. Jadi duri dalam daging. Keputusan PAU 2022 mengabsahkan gelagat mereka telah ditolak.

“Ia mendedahkan secara terbuka siapa kuncu-kuncu mereka. Kali ini mereka tersisih. Mereka tambah sukar untuk menguasai parti dan guna parti untuk agenda peribadi, katanya. - Getaran, 18 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad