web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Sedekah’ Hadi Awang Bukti Jelas PN Terbabit Politik Wang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 12:29PM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan dibuat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa ‘sedekah’ dibenarkan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) secara jelas membuktikan amalan politik wang oleh Perikatan Nasional (PN).

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, Abdul Hadi secara jelas dan nyata cuba menghalalkan perbuatan yang terbukti menyalahi peraturan.

Lebih berbahaya jelas beliau, Abdul Hadi cuba berselindung di sebalik agama agar perbuatan tersebut dilihat suci dan bersih.

“Inilah budaya dan sikap PAS sejak dulu. Pihak lain semuanya salah dan sebaliknya tidak salah kalau mereka yang lakukan. Realitinya kini PAS sudah banyak berubah.

“Kuasa dan kedudukan sudah menjadi sangat penting bagi PAS dan kerana itu prinsip, pendirian serta peganggan PAS akan berubah kerana itu. PAS sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa dan kedudukan. Ini hakikatnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Shamsul Anuar Nasarah - Gambar fail
Shamsul Anuar Nasarah - Gambar fail

Shamsul Anuar menyatakan demikian sebagai mengulas dakwaan Abdul Hadi, yang dilihat cuba menghalalkan gejala politik wang apabila menyifatkan ia sebagai sedekah.

Abdul Hadi menerusi sidang media di Negeri Sembilan semalam berkata, sedekah berkenaan adalah hak orang awam yang ingin memberi sumbangan.

Dakwanya, politik wang hanya diharamkan ke atas calon dan parti yang berkempen.

Mengulas isu sama, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Abdul Jalil menegaskan, sebarang pemberian wang untuk membeli undi adalah rasuah yang nyata.

Katanya, sedekah adalah pemberian ikhlas kepada pihak memerlukan, tanpa mengharapkan sebarang timbal balas.

Isham Abdul Jalil - Gambar fail
Isham Abdul Jalil - Gambar fail

“Jika sesuatu transaksi itu ada timbal balasnya, ia bukanlah sedekah, tetapi lebih kepada perniagaan, suapan, sogokan atau rasuah atau lain-lain transaksi selain sedekah. 

“Memberi duit kepada pengundi semasa pilihanraya dan menyuruh mereka bersumpah untuk mengundi PAS itu bukan sedekah, itu sogokan atau rasuah,” tegasnya.

Jelas Isham, Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 964) secara jelas menggariskan suapan sebagai wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta.

“Ia melibatkan iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain.

“Jika ikut logik Haji Hadi ini, maka sesiapa pun bolehlah beri ‘sedekah’ dan timbal balas ‘sedekah’ itu tidak penting,” katanya.

Memberikan analogi secara sinis, logik Abdul Hadi jika diguna pakai jelas beliau, turut membenarkan sogokan oleh kontraktor projek tebatan banjir yang memperoleh kontrak bernilai RM15 bilion secara rundingan terus.

“Jika kontraktor projek tebatan banjir ingin beri duit kepada ahli-ahli politik PN atau PAS dalam kerajaan yang telah luluskan kontrak ini pun bolehlah dikategorikan sebagai ‘sedekah’.

“Dan duit ini untuk mereka guna untuk ‘sedekah’ kepada pengundi dalam pilihanraya. Dan sebahagian duit dari dana kerajaan sebanyak RM92.5 billion yang diberikan komisyen oleh kontraktor kepada broker kepada menteri atau ahli politik kerajaan PN yang sedang disiasat SPRM itu pun bolehlah dikira ‘sedekah’  jika ‘dalil’ Hadi ini diguna pakai,” katanya. - Getaran, 22 Januari 2023





 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi