web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Alhamdulillah Selesai Tinjauan Di Selangor, Harapan Cerah PN Rampas Kerajaan Negeri’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 9:08AM

Hasil tinjauan mendapati, gabungan berkenaan mempunyai peluang cerah untuk merampas Selangor daripada Pakatan Harapan (PH). - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemuda Perikatan Nasional (PN) mendakwa sudah selesai melakukan tinjauan awal pendapat berhubung tingkah laku pengundi di Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, hasil tinjauan itu mendapati, gabungan berkenaan mempunyai peluang cerah untuk merampas Selangor daripada Pakatan Harapan (PH).

“Alhamdulillah selesai tinjauan di Selangor, harapan cerah untuk rampas kerajaan negeri di dalam PRN,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Walaupun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai dapatan tinjauan itu, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS berkata, pengundi yang berasa tertipu kononnya Barisan Nasional (BN) tidak akan bekerjasama dengan PH, boleh memilih PN.

“Begitu juga pengundi PH yang benar-benar percaya bahawa undi PH bermakna tolak BN, pun rasa tertipu, silakan undi PN.

“Kali ini, Insya-Allah Selangor kita tawan! BN-PH kedua-duanya kita kalahkan sekaligus,” katanya.

Untuk rekod, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah, perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh beberapa bulan lagi, yang akan melibatkan 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selangor mempunyai kawasan DUN terbanyak iaitu 56 kerusi, diikuti Kelantan (45 kerusi); Pulau Pinang (40 kerusi); masing-masing 36 kerusi bagi Kedah dan Negeri Sembilan; dan Terengganu (32 kerusi).

Pada masa sama, Ahmad Fadhli turut menyindir kenyataan terdahulu Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang mendakwa ‘geng PN akan terduduk sebulan lagi’ selepas nasihatnya kepada pengguna dikecam ramai termasuk pemimpin PN.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, setelah genap sebulan, tiada mana-mana pemimpin gabungan berkenaan yang terduduk melainkan rakyat ‘dihidangkan’ dengan kenyataan lawak jenaka daripada Rafizi.

“Setelah hanya dua bulan lebih kerajaan PH-BN ini berkuasa, sudah banyak kenyataan lawak jenaka beliau menghiasi media tanah air.

“Antaranya, jangan beli ayam jika mahal, boikot peniaga restoran jika harga masih mahal dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, beliau dalam nada sinis turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengekalkan Rafizi dalam Kabinet kerana ia boleh meruntuhkan kerajaan perpaduan dengan cepat.

“Mohon kekalkan Menteri ini dalam Kabinet. Jangan diubah-ubah. Ia membantu meruntuhkan kerajaan PH-BN dengan lebih pantas!,” katanya.

Terdahulu, Rafizi berkata, beliau tidak takut dengan pandangan umum berikutan nasihatnya kepada pengguna mengenai isu kenaikan harga barang, sebaliknya yakin rakyat yang rasional akan mula memahami dan mengikuti saranannya.

Beliau juga dilaporkan berkata, dalam sebulan lagi, 'geng' PN yang mempertikaikan semua tindakannya itu akan terduduk.

Rafizi, sebelum itu menasihatkan pengguna supaya berperanan menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan lebih anjal, termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal berbanding sebelum ini. -  Getaran, 25 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'