web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemecatan KJ, Noh Bukan Luar Biasa, Pembersihan Total Perlu Dilakukan - Puad

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 11:33AM

Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pemecatan itu adalah sebahagian daripada usaha UMNO untuk membersihkan secara total parti berkenaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemecatan mantan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Tan Sri Noh Omar disifatkan sebagai bukan sesuatu yang luar biasa.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pemecatan itu adalah sebahagian daripada usaha UMNO untuk membersihkan secara total parti berkenaan.

Menurut beliau, langkah itu juga telah disuarakan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa memberi taklimat pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) beberapa minggu lalu.

“Apakah ini mengejutkan? Parti kena berani sebagaimana mereka yang dipecat itu berani memfitnah parti. 

“BERSATU juga memecat Tun (Dr) Mahathir Mohamad dan (Datuk Seri) Mukriz (Mahathir). PKR pula memecat (Datuk Seri Mohamed) Azmin (Ali),Tian Chua dan (Datuk) Zuraida (Kamarudin). Tiada yang luar biasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Puad, tindakan Khairy yang secara terbuka dan lantang ‘menghentam’ parti termasuk Presiden adalah lebih luar biasa.

“Parti jadi kambing hitam kononnya untuk meraih undi. Lagi luar biasa tindakan (Datuk Seri) Hishamuddin (Hussein).

“Dia tidak serik membelakangkan parti. Bawa MP (Ahli Parlimen) UMNO ke rumah Azmin Ali. Suruh Ketua Bahagian Sabah masuk BERSATU. Penggerak utama MP BN (Barisan Nasional) tanda tangan SD (akuan bersumpah) sokong (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) adalah Hishamuddin,” tegasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu berkata, beliau tahu akan wujud segelintir pihak yang mendakwa, keputusan diambil semalam bakal membawa generasi muda berpaling daripada UMNO.

“Kita tanya balik, berapa ramai anak muda yang mereka bawa masuk untuk sokong perjuangan UMNO?

Apakah ia demokratik?  Ia diputuskan atas syor Lembaga Disiplin UMNO. Ia bukan keputusan Presiden. Cuma kali ini Presiden yang bawa syor tersebut pada MKT,” katanya.

Mengulas lanjut Puad berkata, syor Lembaga Disiplin biasanya dibawa oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Noh yang turut menghadiri mesyuarat MKT telah terkeliru, lantas mendakwa Zahid membuat keputusan sendiri.

“Ini berbeza bila (Dr) Mahathir pecat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Tun M bawa ke MKT untuk pecat Anwar tanpa melalui Lembaga Disiplin.

“Noh Omar bukan dipecat kerana isu usul tiada pertandingan jawatan nombor satu dan dua. Dia dituduh sabotaj parti semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Ada 16 laporan sabotaj terhadap Noh Omar,” katanya.

Walaupun tidak pasti dengan faktor utama di sebalik pemecatan Khairy, Puad yang juga Ahli MKT mengakui mantan Menteri Kesihatan itu amat ‘melampau’.

“Memburukkan parti dan Presiden semasa kempen PRU amat keterlaluan. Fitnah pengundi hantu semasa PAU 2022 ada niat jahat.

“Apakah parti akan pecah? Itulah naratif yang akan dieksploit oleh sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati. Tetapi parti sudah lama dipecah belahkan oleh mereka yang suka melawan keputusan parti,” jelasnya.

Beliau menarik perhatian, ada pemimpin UMNO yang menjauhkan diri daripada parti sebaik BN tewas pada PRU-14.

“(Mereka) takut terpalit dengan kluster mahkamah. Mereka takut didakwa kerana telah dipanggil SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

“Mereka duduk di luar pagar. Ada kalanya tikam parti dari belakang. Kini mereka dipecat atau digantung. Apa salahnya mereka sekali lagi duduk di luar pagar,” katanya.

Jelas Puad, dipecat sememangnya amat menyakitkan namun keputusan seumpama itu perlu dibuat demi survival parti. 

“Kalau betul cintakan parti merayulah. Kalau tidak mahu merayu tunggulah enam tahun. Kecuali mereka sudah ada pilihan lain. Buatlah pilihan,” katanya.

Pemecatan Khairy dan Noh disahkan sebaik mesyuarat MKT berakhir malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kedua-dua ‘nama besar’ itu disahkan melanggar disiplin parti ketika PRU-15 November lalu.

Beliau berkata, parti turut menggantung keahlian Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong, Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.

Turut dipecat katanya, ialah lima ahli UMNO Pasir Gudang, Putrajaya (9), Tanjung Karang (2) dan 26 ahli UMNO Pahang. - Getaran, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Semasa 6 bulan yang lalu

302 Pegawai, Anggota Polis Dipecat Sejak 2022 Hingga Februari 2024

4

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global