web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Sedia Berundur Daripada Dunia Politik

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 6:15PM

Ismail Sabri Yaakob sebelum ini sudah membuat perancangan awal untuk berehat selepas berakhir penggal Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun perancangan itu tersasar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beliau sedia berundur daripada arena politik arus perdana.

Naib Presiden UMNO berkata, beliau sebelum ini sudah membuat perancangan awal untuk berehat selepas berakhir penggal Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun perancangan itu tersasar.

Jelasnya, ia selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Kesembilan pada 20 Ogos 2021 menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, susulan pergolakan dalam pentadbiran kerajaan ketika itu.

“Saya ada merancang jika menang PRU-14, saya akan terus jadi menteri, selepas itu berhenti dan jadi Senator. Tamat perkhidmatan Senator, saya akan terus berhenti (bersara daripada politik sepenuhnya),” katanya.

Dengan masalah dalaman UMNO ekoran prestasi buruk pada PRU-15, Ahli Parlimen Bera itu yang dilihat seperti tidak sehaluan dengan kepimpinan tertinggi parti memberitahu, PRU pada 19 November lalu adalah pilihan raya umum terakhir disertainya.

“Sebenarnya saya merancang untuk berehat selepas PRU-14, namun ditakdirkan jadi Perdana Menteri,” katanya dalam wawancara khas akhbar BH.

Mengulas perkembangan UMNO, Ismail Sabri mengakui parti semakin kehilangan sokongan susulan kekalahan pada dua pilihan raya umum (PRU) berturut-turut.

Ujarnya, tindakan parti ‘membuang’ satu pasukan untuk mengekalkan satu pasukan lain, hanya menimbulkan pergolakan dan akhirnya semakin kurang sokongan.

“Ini yang saya bimbangkan mengenai masa depan UMNO. Ahli baharu hendak masuk (sertai UMNO) pun kurang, yang ada pula keluar.

“Mungkin keadaan sekarang dikatakan aman kerana tiada lagi ‘kaki melawan’, tetapi sokongan semakin hilang,” katanya.

Beliau merujuk keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memecat beberapa pemimpinnya selepas PRU-15 kerana dikatakan melanggar peraturan dan keputusan parti, manakala beberapa pemimpin digantung keahlian.

Antara nama prominen yang digugurkan sebagai calon ialah Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum PRU-15, disusuli pemecatan terbaharu melibatkan Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar, baru-baru ini.

Mantan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda, Shahril Sufian Hamdan pula antara digantung keahlian selama enam tahun. - Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global