web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Kepada Allah Saya Berserah’, Onn Hafiz Tak Tanding Jawatan Peringkat Pusat

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 5:37PM

Onn Hafiz - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengesahkan tidak akan bertanding jawatan di peringkat pusat pada pemilihan UMNO kali ini.

Sebaliknya, Onn Hafiz yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam memaklumkan beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian itu.

“Kita sedia maklum bahawa sekarang ini adalah musim pemilihan parti UMNO. Saya telah berdoa meminta petunjuk, ilham dan hidayah daripada Allah SWT.

“Saya juga berusaha mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk ahli keluarga, sahabat, pemimpin, jentera akar umbi terutamanya di Bahagian Simpang Renggam mengenai jawatan yang sesuai untuk saya menawarkan diri pada pemilihan kali ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat kerana mahu terus memfokuskan khidmat bakti kepada Johor dan berusaha mengukuhkan pentadbiran dan pembangunan di negeri itu.

“Oleh itu, saya tidak akan menawarkan diri untuk jawatan di peringkat pusat tetapi dengan rasa penuh rendah diri, ingin menawarkan diri untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam pada pemilihan kali ini.

“Saya akan memberi fokus kepada pentadbiran dan pembangunan di kawasan saya dan seluruh negeri Johor. Semoga keputusan ini diredai dan dirahmati Allah SWT. Kepada Allah Saya Berserah,” katanya.

Dalam pada itu, Onn Hafiz turut merayu dan memohon sokongan dari perwakilan UMNO Simpang Renggam untuk bertanding jawatan berkenaan.

Terdahulu, pimpinan akar umbi UMNO Bahagian Simpang Renggam dilaporkan meminta Onn Hafiz bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda bagi mengembalikan maruah parti.

Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Simpang Renggam, Syed Mohd Syed Nasir berkata, sebagai cicit kepada pengasas parti keramat orang Melayu, Onn Hafiz bukan asing selepas mula terlibat secara langsung dalam parti pada tahun 2013.

Katanya, Onn Hafiz pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sembrong pada 2013 hingga 2018 dan pada masa sama memegang jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO serta sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

Sebelum itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Mohd Ariffin Adenan menerusi hantaran di Facebook menegaskan UMNO memerlukan kombinasi kepimpinan terbaik demi survivalnya. 

“Saya cukup kenal dengan insan ini (Onn Hafiz). Maka, saya berpendapat bahawa beliau sememangnya berupaya menggalas tanggungjawab getir tersebut,” katanya. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka