web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Bagus Untuk Tahu’ PEJUANG Berminat Menyertai PN - Peja

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 7:08AM

Ahmad Faizal Azumu menyatakan kesediaan bagi mempertimbangkan hasrat Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan kesediaan bagi mempertimbangkan hasrat Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Bercakap kepada The Vibes, mantan Menteri Besar Perak berkenaan berkata adalah perkara yang bagus untuk menggambarkan bahawa parti diketuai Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai presiden itu, berminat menyertai PN, sekali gus menunjukkan ia ‘alternatif lebih baik’ berbanding gabungan lain.

“BERSATU adalah parti yang berusaha memperjuangkan suara dan hak orang Melayu, di samping memerangi rasuah.

“Mungkin keputusan (menyertai PN) dibuat kerana mereka (PEJUANG) tahu PN menjunjung cita-cita ini lebih baik daripada Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN),” kata Faizal yang lebih dikenali sebagai Peja ketika dihubungi.

Mukhriz Mahathir - Gambar Fail Bernama
Mukhriz Mahathir - Gambar Fail Bernama

Bagaimanapun, jelasnya, keputusan muktamad mengenai perkara itu terletak di tangan Majlis Tertinggi PN yang belum menetapkan tarikh mesyuarat seterusnya.

“Sama ada PEJUANG diterima atau tidak (menjadi sebahagian daripada PN) juga tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin parti komponen PN lain, iaitu PAS dan Gerakan,” katanya.

Kenyataan Faizal itu yang bersikap terbuka berhubung hasrat PEJUANG, berbeza dengan beberapa pemimpin BERSATU, termasuk Faiz Na’aman apabila menyuarakan bantahannya jika gabungan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin terbabit mahu ‘membuka pintu’ kepada parti berkenaan, dengan mengatakan pengalaman buruk masa lalunya bersama Mukhriz.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU itu juga, melabelkan hasrat terbabit sebagai ‘langkah terdesak, oportunistik dan tidak berprinsip daripada parti yang kalah teruk semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November tahun lalu’.

Pada PRU-15, prestasi buruk PEJUANG menyaksikan semua calonnya, termasuk Mukhriz dan pengasas parti itu yang juga mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hilang wang deposit.

Manakala, mantan Ketua Pemuda PEJUANG, Abu Hafiz Salleh Hudin yang meletak jawatan berikutan kegagalan parti itu memenangi kawasan Parlimennya pada PRU-15, turut mengumumkan keluar parti selepas Mukhriz memaklumkan sudah menulis surat kepada PN untuk menyertai barisan gabungan berkenaan.

Bulan lalu, Dr Mahathir mengumumkan beliau dan 12 individu keluar daripada PEJUANG, susulan tindakan parti itu memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA) - Gambar Fail
Bulan lalu, Dr Mahathir mengumumkan beliau dan 12 individu keluar daripada PEJUANG, susulan tindakan parti itu memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA) - Gambar Fail

“Saya menghormati segala perancangan dan keputusan strategik pimpinan PEJUANG. Bagaimanapun keputusan menulis surat rasmi untuk menjadi parti komponen PN adalah bertentangan dengan pandangan peribadi dan akademik saya yang menentang ekstremisme serta penyalahgunaan naratif Melayu-Islam.

“Saya mengambil inisiatif peribadi untuk bersuara menentang mana-mana naratif dicipta secara terbuka yang memanipulasi kaum dan agama yang digunakan secara melampau oleh PN, khususnya PAS,” kata Hafiz menerusi kenyataan semalam.

Bulan lalu, Dr Mahathir mengumumkan beliau dan 12 individu keluar daripada PEJUANG, susulan tindakan parti itu memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).

Mereka kemudian memilih Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) sebagai platform untuk memperjuangkan hak orang Melayu tanpa mengetepikan kepentingan kaum lain. – The Vibes, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

3

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

4

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini