web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Usah Bimbang Kenyataan Hadi, Gerakan Tumbang Kerajaan Sukar Berlaku Kerana… - Pakar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 7:14AM

Pakar politik berpendapat kenyataan Abdul Hadi Awang yang meramalkan Kerajaan Perpaduan tumbang tidak lama lagi, tidak perlu dipandang serius kerana ia sekadar perang saraf parti pembangkang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang meramalkan Kerajaan Perpaduan tumbang tidak lama lagi, tidak perlu dipandang serius kerana ia sekadar perang saraf parti pembangkang.

Pakar Geostrategis dan Felo Kanan, Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Dr Azmi Hassan berpendapat, gerakan Langkah Sheraton pada Februari 2020 sehingga jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH), sukar berlaku kali kedua memandangkan Akta Antilompat Parti sudah dikuatkuasakan.

Menurut beliau, sekiranya ada gerakan mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, ia hanya boleh dilakukan melalui parti, iaitu mana-mana gabungan di dalamnya menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Katakanlah Barisan Nasional (BN) ada 30 Ahli Parlimen menarik balik sokongan mereka terhadap Anwar, itu masih tidak lagi mencukupi kerana Perdana Menteri mempunyai 148 sokongan secara keseluruhannya.

“Kalau ikut tempoh mutasinya ataupun congakannya memerlukan penarikan daripada BN dan satu parti lain atau penarikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan satu parti lain.

Sekiranya ada gerakan mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, ia hanya boleh dilakukan melalui parti, iaitu mana-mana gabungan di dalamnya menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri - Gambar Fail
Sekiranya ada gerakan mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, ia hanya boleh dilakukan melalui parti, iaitu mana-mana gabungan di dalamnya menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri - Gambar Fail

“Dalam hal ini, kalau sebelum adanya Akta Antilompat Parti, maka ia perlu diambil serius. Tetapi sekarang, dengan akta ini sukar bagi Ahli Parlimen secara individu untuk menjatuhkan kerajaan sebagaimana didakwa,” katanya kepada Getaran.

Malah Azmi berpendapat, perang saraf mengatakan kerajaan bakal tumbang juga tidak akan mengugat kestabilan ataupun keharmonian dalam kerajaan.

Namun katanya, sekiranya PAS ataupun Perikatan Nasional (PN) masih menggunakan faktor agama dan bangsa untuk meraih undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, ia perlu ditangani segera oleh Kerajaan Perpaduan.

“Walaupun kerajaan pimpinan Anwar mempunyai ‘super’ majoriti, dalam keadan sekarang ini, kesan penggunaan isu agama dan bangsa dalam kempen politik tidak baik untuk rakyat.

“Tindakan itu satu perkara berbahaya dan perlu ditangani kerajaan ketika ini. Tapi kalau dakwaan kerajaan akan tumbang itu bagi saya, hanyalah perang saraf pembangkang.

“Jadi tak perlu terlampau beri perhatian. Apa yang penting Anwar perlu mengetahui apa yang berlaku supaya tiada rundingan di sebalik tadbir dalam menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Pada 1 Mac lalu, media melaporkan Abdul Hadi sebagai berkata, beliau menjangkakan keruntuhan kerajaan semasa pimpinan Anwar dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Marang itu tidak memberikan butiran lanjut bagaimana kejatuhan Kerajaan Perpaduan berkenaan akan berlaku.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di sini, Rabu lalu.

Pada 1 Mac lalu, media melaporkan Abdul Hadi sebagai berkata, beliau menjangkakan keruntuhan kerajaan semasa pimpinan Anwar dalam masa terdekat - Gambar Fail
Pada 1 Mac lalu, media melaporkan Abdul Hadi sebagai berkata, beliau menjangkakan keruntuhan kerajaan semasa pimpinan Anwar dalam masa terdekat - Gambar Fail

Sementara itu, penganalisis keselamatan dan politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, kenyataan Abdul Hadi jelas bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar kemelut politik negara tidak lagi berterusan.

Katanya, isyarat itu juga boleh menimbulkan kegusaran politik melampau kepada masyarakat yang mahukan kestabilan politik dikekalkan dalam kerajaan hari ini.

“Dan perkara ini perlu dilihat sebagai satu daripada perkara berkepentingan politik dari segi perang saraf untuk PRN yang akan datang.

“Tapi sudah tentu kita mahu Perdana Menteri memfokuskan agenda berkepentingan awam dan tidak hirau perkara menjejaskan tumpuan kerajaan untuk menambah baik dasar demi kepentingan ramai,” katanya.

Pada masa sama, Noor Nirwandy berkata, PAS mahupun gabungan parti dalam PN perlu menjadi pembangkang yang kuat dan baik, bukannya memberi isyarat kerajaan akan tumbang dalam masa terdekat.

“Jadi kenyataan itu patut dipertikaikan kerana rakyat mahukan kerajaan stabil dalam membentuk isu berkepentingan negara. Pembangkang yang kuat diperlukan dalam konteks membantu menambah baik isu dasar berkepentingan negara, khususnya perkara yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023.

“Malah pembangkang yang baik akan terus membantu memperlihatkan isu berkepentingan rakyat dan segmentasi yang perlu diberi penambahbaikan. Jadi sudah tentu rakyat mahukan demokrasi matang serta sempurna, iaitu kerjasama strategik antara kerajaan dan pembangkang dalam menyelesaikan isu berkepentingan,” katanya.

PAS mahupun gabungan parti dalam PN perlu menjadi pembangkang yang kuat dan baik, bukannya memberi isyarat kerajaan akan tumbang dalam masa terdekat - Gambar Fail
PAS mahupun gabungan parti dalam PN perlu menjadi pembangkang yang kuat dan baik, bukannya memberi isyarat kerajaan akan tumbang dalam masa terdekat - Gambar Fail

Tegas beliau, rakyat sudah tentu mahu kerajaan mendapatkan input dari pelbagai pihak, termasuk pembangkang bagi memastikan segala perancangan berkaitan kepentingan mereka, terutama ekonomi diberikan pengkhususan dari segi pelaksanaannya.

“Dan di sinilah peranan untuk kita sama mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, selain memastikan elemen dirancang untuk negara dapat dimanfaatkan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

Semalam, Abdul Hadi mempertahankan kenyataannya dengan berkata, tindakan menjatuhkan kerajaan adalah biasa dalam politik.

Beliau berkata, PN berhak untuk meneruskan rancangan menumbangkan Kerajaan Perpaduan meskipun ada yang meremehkan perkara itu.

“Itu satu kenyataan politik (Kerajaan Perpaduan tumbang) dan biasa berlaku dalam politik, undi tidak percaya dan dapatkan SD (Akuan Bersumpah), penyokong kerajaan berpaling (tadah). Itu berlaku.

“Kita melihat ada tanda menunjukkan dalam kerajaan campuran yang ada ini, perasaan tidak puas hati bersama-sama komponen sendiri. Ada berlaku. Sebab itu sesuatu tidak mustahil berlaku,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen. – Getaran, 7 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

2

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

3

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

4

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka