web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Surat RoS: Isham Minta KJ Baca Dokumen Sebelum Keluar Kenyataan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 8:26PM

Isham Jalil - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin diminta membaca dan menyemak secara terperinci segala dokumen membabitkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan UMNO, sebelum mengeluarkan sebarang komen bagi mengelakkan sebarang isu atau kekeliruan.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, Khairy dilihat ‘keliru’ menerusi dakwaan dibuatnya mengenai surat dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berhubung pengecualian pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), sekali gus menyaksikannya berniat untuk menghasut ahli lain.

Jelas Isham, beliau pada awalnya tidak tahu sama ada mahu menjawab atau sebaliknya komen KJ memandangkan mantan Menteri Kesihatan itu bukan lagi ahli UMNO selepas dipecat, namun akhirnya memutuskan berbuat demikian bagi memberi penjelasan.

“Berkenaan dengan isu RoS, saya ada tengok kenyataan daripada bekas ahli UMNO, iaitu KJ. Nombor satu dia cakap sekiranya surat daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution tidak dikeluarkan, sesiapa yang cakap bahawa UMNO mungkin akan diharamkan atau dibubarkan adalah bodoh.

“Surat daripada RoS itu sebenarnya tidak jelas dan menimbulkan pelbagai tafsiran begitu juga dengan surat daripada Saifuddin Nasution, macam mana pulak KJ cakap sekiranya surat itu tidak dikeluarkan, UMNO boleh diharamkan atau dibubarkan?” katanya menerusi rakaman video berdurasi 15 minit 11 saat di Facebook.

Isham berkata, dalam surat itu ada disebutkan Seksyen 13 Akta Pertubuhan 842 berkenaan dengan penggantungan dan pembubaran, malah ia adalah spesifik serta membawa maksud sekiranya ia tidak keluar dan RoS membuat keputusan bahawa UMNO tidak mengikut peraturan tanpa surat tersebut, maka parti berkenaan boleh diharam, digantung serta dibubarkan.

“Saya nak bagitahu KJ sebelum dia memberi komen sebegitu, bacalah dahulu akta tersebut. Apa dia sebutkan adalah surat daripada RoS yang dia sendiri cakap dia tidak tahu sama ada surat tersebut ‘genuine’ (asli) atau tidak,” katanya.

Menurutnya, sekiranya surat itu betul dan Saifuddin mengatakan mengenai keperluan merujuk kepada Seksyen 13 bagi pengecualian.

“Kalau menteri tidak beri pengecualian maka Seksyen 13 itu berkuat kuasa. Saya tengok semalam KJ nak ‘cover’ balik sebab dia bawa isu ini meskipun dia bukan ahli UMNO lagi.

“Mungkin dia berniat untuk menghasut ahli UMNO sebab saya tengok dia dan kawan-kawan dia cuba nak UMNO ini haram atau digantung sahaja tanpa surat tersebut,” katanya.

Pada masa sama, Isham turut mempertikaikan tindakan Khairy yang tidak konsisten dalam memberikan reaksi berhubung isu berkenaan.

Ujarnya, surat daripada RoS itu mengatakan bahawa UMNO melanggar perlembagaan parti dalam artikel 9.3 yang menyebut bahawa jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) perlu dipertandingkan, sekali gus bertentangan dengan usul dibawa dalam PAU agar dua jawatan tertinggi terbabit tidak dipertandingkan dan mendapat kelulusan majoriti perwakilan.

Kemudian, Saifuddin mengeluarkan kenyataan memberi pengecualian terhadap Seksyen 13 tersebut atau jika tidak, UMNO boleh diharam dan digantung berdasarkan peruntukan terbabit.

“Tetapi kenyataan KJ itu cerita dia tak konsisten. Pada hemat saya, sebab menteri bagi surat menyatakan pengecualian kerana kalau surat daripada RoS itu betul, banyak perkara kita boleh pertikaikan,” katanya.

Terdahulu, Saifuddin mengumumkan, kementeriannya memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13 di bawah Akta 832 kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas pihaknya merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO.

Bagaimanapun, Khairy berkata, keputusan Saifuddin mengecualikan UMNO daripada mematuhi peruntukan akta itu, membuktikan ia sememangnya melanggar perlembagaan parti.

Mantan Ketua Pemuda UMNO itu berkata, sekiranya UMNO tidak berbuat demikian, maka Saifuddin tidak perlu menggunakan kuasanya untuk menghalalkan tindakan tidak sah berkenaan. – Getaran, 8 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global